"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Bitcoin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bitcoin. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Disember 2024

Mata wang kripto: Antara peluang dan risiko

 Mata wang kripto: Antara peluang dan risiko

Pasaran mata wang kripto global kini bernilai lebih AS$2 trilion dengan lebih 60 peratus daripadanya didominasi oleh Bitcoin dan Ethereum. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Mata wang kripto, iaitu sebarang bentuk mata w okang digital - juga dikenali sebagai aset digital - semakin mendapat perhatian global termasuk Malaysia dan dilihat sebagai alternatif terbaik kepada mata wang konvensional.
Sistem kewangan ini tidak dikawal oleh mana-mana pihak, sebaliknya menggunakan kaedah kriptografi atau berasaskan kod, yang beroperasi dengan teknologi rantaian blok (blockchain) bagi membolehkan transaksi berlaku tanpa perantara seperti bank, sekali gus menjamin keselamatan dan ketelusan, selain tidak boleh diubah.
Berdasarkan maklumat di laman web Triple-A, sebuah firma berkaitan kewangan dan teknologi (fintech), seramai 562 juta individu memiliki mata wang kripto pada tahun ini, berbanding 420 juta pada 2023.

Menurut Triple-A lagi, Emiriah Arab Bersatu, Singapura dan Turkiye mencatatkan kadar pemilikan mata wang kripto tertinggi dalam kalangan 30 ekonomi teratas, manakala Asia kekal sebagai pendahulu dari segi jumlah pemilikan, iaitu sebanyak 326.8 juta, diikuti Amerika Utara dengan 72.2 juta.

Namun begitu, di sebalik peluang dan potensi besar mata wang ini dalam merevolusikan sistem kewangan, pelaburan mahupun perniagaan, wujud kebimbangan akan risiko penipuan.

SASARAN PENIPUAN DALAM TALIAN

Timbalan Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Ts Azrul Zafri Azmi berkata pasaran mata wang kripto global kini bernilai lebih AS$2 trilion dengan lebih 60 peratus daripadanya didominasi oleh Bitcoin dan Ethereum.

Mengambil contoh Bitcoin, beliau berkata nilai mata wang kripto itu meningkat daripada AS$0.08 seunit pada 2010 kepada lebih US$60,000 pada puncaknya, dan hingga awal Disember 2024 harga Bitcoin telah mencecah AS$100,000.

"Di sebalik kerancakan perkembangan mata wang kripto ini, data Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan lebih daripada 4,000 kes penipuan berkaitan mata wang kripto dilaporkan di Malaysia dalam tempoh lima tahun lepas, melibatkan kerugian lebih RM200 juta.

"Selain itu, dalam tempoh 2020 hingga 2023, kes penipuan mata wang kripto meningkat sebanyak 30 peratus," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Azrul Zafri berkata kurangnya pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan pengguna baharu mengakibatkan mereka mudah terpengaruh dengan janji pulangan tidak realistik, seperti "skim pelaburan Bitcoin" yang menjanjikan pulangan 10 peratus sehari.

"Kesukaran mengesan transaksi turut menyumbang kepada isu penipuan atau scam ini kerana transaksi mata wang kripto menggunakan teknologi blockchain yang bersifat anonim dan tidak dapat diubah, sekali gus memudahkan scammer melarikan wang tanpa dapat dikesan.

"Penggunaan platform tidak berdaftar yang menawarkan kadar keuntungan lebih tinggi berbanding platform berdaftar turut mengundang scammer," katanya, menambah antara pengendali Pertukaran Aset Digital (DAX) berdaftar ialah MX Global Sdn Bhd, SINEGY DAX Sdn Bhd, Luno Malaysia Sdn Bhd dan Tokenize Technology (M) Sdn Bhd.

(DAX merupakan platform elektronik yang memudahkan perdagangan aset digital, membolehkan pelabur memperdagangkan aset digital yang dibenarkan seperti Bitcoin, Ether, Ripple, Litecoin dan Bitcoin Cash)

FAHAMI PERKARA ASAS

Tawaran keuntungan yang tinggi dalam masa singkat, tekanan agar pelaburan dilakukan segera dengan taktik "promosi akan tamat dalam tempoh tertentu" serta tiada maklumat syarikat yang sah, adalah antara ciri-ciri skim penipuan mata wang kripto.

Azrul Zafri berkata pengguna perlu melindungi diri daripada penipuan dengan memilih platform yang berdaftar selain menyemak kredibiliti pelaburan.

"Rujuk sumber sahih untuk memeriksa lesen dan reputasi platform tersebut. Elakkan 'Skim Ponzi' atau pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang biasanya meminta pengguna merekrut orang lain sebagai pelabur baharu untuk mendapatkan keuntungan.

"Pengguna juga perlu menggunakan Pengesahan Dua Faktor (2FA) sebagai keselamatan tambahan pada akaun mereka untuk mengelakkan akses tanpa kebenaran," nasihat beliau.

Katanya, beberapa langkah boleh diambil untuk memanfaatkan potensi mata wang kripto termasuk memperkenalkan dasar dan kawal selia yang lebih ketat dengan kerajaan memastikan setiap platform mematuhi garis panduan yang ditetapkan bagi melindungi pengguna.

Beliau juga menggesa agar kesedaran dan pendidikan awam ditingkatkan selain bakal pengguna disaran memahami sepenuhnya perkara asas tentang mata wang kripto bagi mengelakkan daripada ditipu.

"Mata wang kripto merupakan aset digital yang sah dan mempunyai potensi besar untuk meningkatkan ekonomi serta inovasi teknologi, dan kerjasama semua pihak termasuk pengguna, kerajaan dan agensi seperti MCCA mampu memastikan ekosistem yang lebih selamat dan berdaya maju di Malaysia," katanya.

Menurut beliau, MCCA sedia memainkan peranannya bagi meningkatkan kesedaran masyarakat menerusi kempen kesedaran selain bersedia menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak, antaranya Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bank Negara Malaysia (BNM) dan PDRM.

BERKEMBANG PESAT

Turut berkongsi pandangan, Dekan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Mohd Khairie Ahmad memetik laporan Statista, platform data dan perisikan perniagaan global, yang mengunjurkan hasil pasaran mata wang kripto Malaysia dijangka mencecah AS$306 juta pada tahun ini (2024).
Beliau berkata Malaysia dan Singapura dikenal pasti sebagai negara di Asia Tenggara yang menunjukkan perkembangan pesat dalam penggunaan mata wang berkenaan.

"Pada tahun depan, Malaysia disasarkan mempunyai sekitar 4.6 juta pengguna mata wang kripto. Perkara ini bukanlah menghairankan kerana lebih 90 peratus populasi Malaysia mempunyai akses kepada Internet dengan lebih 75 peratus memiliki literasi digital, iaitu kemahiran asas ICT.

"Melalui Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) yang diperkenalkan pada 2021 oleh kerajaan, mata wang kripto dilihat berpotensi untuk menjadi semakin popular," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata amat penting untuk pengguna memahami asas kripto seperti teknologi blok rantaian, jenis kripto, cara sistem berfungsi serta tahap keselamatan sistem agar mereka tidak mudah terpedaya, terutamanya dimanipulasi untuk pengubahan wang haram.

"Usaha meningkatkan pengetahuan asas dan memahami kerangka undang-undang serta peraturan berkaitan mata wang kripto juga dituntut memandangkan ekosistem perundangan sistem kewangan ini masih dalam proses pemantapan.

"Kemahiran dan pengetahuan membuat analisis trend atau corak mata wang kripto juga satu aspek dalam membuat pelaburan yang bertanggungjawab, di samping mendapatkan nasihat golongan profesional perlu menjadi keutamaan, khususnya bagi mereka yang mahu berjinak-jinak dengan penggunaan sistem mata wang ini," katanya.

Berpendapat mata wang kripto menyediakan satu sistem kewangan alternatif bukan sahaja bagi tujuan pelaburan tetapi juga transaksi harian sebagaimana e-dompet, Mohd Khairie berkata sifat sistem itu yang kurang kerenah birokrasi dan tidak tertakluk kepada sistem sandaran mata wang dunia seperti dolar Amerika, menjadikan aset digital ini lebih stabil walaupun masih bersifat turun-naik.

Namun begitu, katanya, penerimaan lebih meluas rakyat terhadap mata wang itu bergantung pada kerangka perundangan.

"Buat masa ini tatakelola mata wang kripto masih tidak meyakinkan dari segi ketelusan dan ketekalan (kebolehpercayaan), memandangkan BNM masih belum mengiktiraf mata wang itu sebagai satu bentuk wang yang boleh diterima untuk diperdagangkan," katanya, menambah penerimaan mata wang kripto di Malaysia sangat dipengaruhi oleh ekosistem yang diperkenalkan oleh pihak berkuasa.

RANGSANG TEKNOLOGI KEWANGAN

Sementara itu, Penolong Profesor di Jabatan Kewangan, Kolej Perniagaan Prince Sultan University di Riyadh, Arab Saudi, Dr Nadisah Zakaria berkata mata wang kripto dapat menyediakan akses kepada perkhidmatan kewangan buat penduduk di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan bank seperti di pedalaman.

Katanya, sebagai sebuah negara berorientasikan perdagangan, Malaysia mendapat manfaat daripada penggunaan mata wang kripto menerusi pembayaran rentas sempadan yang lebih murah dan pantas, mengurangkan kebergantungan pada sistem pengiriman wang konvensional yang mengenakan fi berkadar tinggi.

"Mata wang kripto dapat memupuk inovasi dalam sektor teknologi kewangan, berpotensi merangsang ekonomi digital Malaysia dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu dalam pembangunan rantaian blok, platform perdagangan serta perkhidmatan berkaitan.

"Justeru, mata wang kripto menawarkan kelas aset baharu kepada rakyat Malaysia dan menyediakan peluang kepelbagaian dalam portfolio pelaburan mereka, terutamanya untuk generasi muda yang celik teknologi. Selain itu, perusahaan kecil dan sederhana yang membentuk sebahagian besar ekonomi Malaysia juga dapat menerima faedah daripada pembayaran menggunakan mata wang digital ini, mengurangkan kebergantungan pada perbankan tradisional serta mempermudah akses kepada pasaran global," katanya.

Menyentuh risiko di Malaysia, Nadisah berkata sekalipun BNM telah mengeluarkan garis panduan tentang penggunaan mata wang kripto, ketiadaan peraturan komprehensif mungkin mengundang penyalahgunaan, penipuan dan ketidakstabilan dalam pasaran.

Tambah beliau, mata wang kripto dikenali dengan naik turun harga melampau yang menimbulkan risiko besar kepada pelabur dan boleh menyebabkan kerugian kewangan bagi mereka yang tidak biasa dengan pasaran.

Sifat pseudo-tanpa nama bagi mata wang kripto juga menimbulkan kebimbangan tentang penggunaannya dalam pengubahan wang haram serta pembiayaan keganasan dan aktiviti haram yang lain.

"Tidak seperti produk kewangan terkawal, mata wang kripto tidak menawarkan sandaran untuk pengguna dalam kes penipuan atau salah urus oleh bursa, menyebabkan pelabur terdedah," tambahnya.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh beliau dan pasukannya ketika bertugas di International University of Malaya-Wales pada 2023, bertajuk "Fintech Adoption In Accounting: A Study Of Millennials' And Gen-Zs' Readiness In Malaysia," didapati generasi muda Malaysia, terutama yang berusia 20 ke 40 tahun, lebih berpengetahuan tentang mata wang kripto, kerana mereka terdedah kepada media sosial, celik teknologi dan minat dalam pelaburan berinovasi.
Platform seperti X (sebelum ini Twitter), TikTok dan Telegram lazim digunakan bagi perbincangan tentang kripto serta penubuhan komuniti pengguna.

Kajian juga mendapati di kawasan bandar, terutama dalam kalangan profesional dan usahawan, wujud peningkatan kesedaran disebabkan oleh keterdedahan kepada perkembangan teknologi kewangan dan forum pelaburan.

Di kawasan luar bandar pula, tahap pendedahan kepada mekanisme mata wang kripto adalah lebih rendah, terutamanya disebabkan oleh kekangan akses kepada Internet, tahap literasi kewangan yang rendah serta ketiadaan inisiatif pendidikan bersasar.

Beliau berkata sekalipun ramai rakyat Malaysia pernah mendengar tentang Bitcoin atau mata wang kripto lain, sebahagian besar daripada mereka tidak memahami bagaimana mata wang itu berfungsi, seperti rantaian blok, perlombongan dan dompet.

"Kursus berkaitan mata wang kripto dan rantaian blok masih baharu di universiti dan institusi teknikal Malaysia, mewujudkan jurang dalam pendidikan berstruktur. Sekalipun sesetengah perniagaan menerima wang kripto sebagai pembayaran, penggunaan dalam transaksi hari ke hari kekal rendah disebabkan ketidaktentuan dan kekangan penerimaan peniaga," katanya, menambah ketiadaan literasi kewangan asas boleh menggugat pemahaman tentang konsep mata wang kripto yang kompleks.

Berpendapat bahawa masa depan mata wang kripto di Malaysia mempunyai potensi dan juga cabaran tersendiri, beliau berkata dengan anjakan global terhadap mata wang digital itu, Malaysia mungkin akan menyaksikan peningkatan secara beransur-ansur penggunaan mata wang kripto dalam pembayaran, perdagangan dan pelaburan alternatif.

"Mata wang kripto mungkin dapat meraih momentum dalam sektor e-dagang Malaysia yang sedang berkembang apabila peniaga menggunakan sistem pembayaran kripto untuk menarik pengguna yang celik teknologi.

"BNM dan SC berkemungkinan membangunkan peraturan yang lebih jelas dan komprehensif, menggalakkan kepercayaan dan membolehkan penerimaan yang lebih meluas. Kejelasan peraturan mungkin menggalakkan penerimaan oleh institusi dan penciptaan inovasi oleh firma fintech.

"Peranan Malaysia sebagai ekonomi berteraskan perdagangan memberikan ruang untuknya memanfaatkan mata wang kripto di peringkat ASEAN/Asia sebagai kaedah pembayaran dan pembiayaan perdagangan rentas sempadan yang lebih cekap serta meningkatkan daya saing di pasaran global memandangkan kebanyakan pengguna adalah dari rantau itu," tambah beliau.
-- BERNAMA

Ahad, 24 November 2024

Satoshi Nakamoto: Si genius yang misteri di sebalik Bitcoin

 Satoshi Nakamoto: Si genius yang misteri di sebalik Bitcoin

Bayangkan ada seseorang yang mencipta mata wang digital pertama di dunia, tapi sampai sekarang tiada siapa tahu siapa dia.

 Itulah Satoshi Nakamoto, figura misteri yang jadi topik perbualan ramai, dari golongan profesional kewangan sampailah geng kripto tegar.

1. Apa cerita awal Satoshi?

Tahun 2008, dunia tengah krisis kewangan global. Orang tak percaya lagi dengan bank dan sistem kewangan.

Tiba-tiba, keluar dokumen white paper Bitcoin bertajuk "Bitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash System".

Satoshi Nakamoto dalam dokumen tu perkenalkan idea:

- Mata wang digital tanpa kawalan kerajaan atau bank.

- Urus niaga langsung (peer-to-peer) tanpa orang tengah.

- Guna blockchain untuk rekod yang telus dan selamat.

Awal 2009, Bitcoin dilancarkan. Boom, dunia kewangan digital berubah 180 darjah!

2. Siapa sebenarnya Satoshi? Lelaki, wanita, atau kumpulan?

Sampai sekarang, tiada siapa tahu. Teori? Banyak gila:

- Hal Finney: Seorang pemaju komputer awal yang aktif dalam komuniti Bitcoin.

- Nick Szabo: Pakar kriptografi yang pernah buat konsep serupa Bitcoin, nama dia "Bit Gold".

- Elon Musk: Eh, CEO Tesla ni pun pernah dikaitkan sebab dia genius teknologi.

- Kerajaan Jepun atau CIA? Ada juga orang fikir Bitcoin ni projek rahsia kerajaan.

Apa yang pasti, Satoshi nak identitinya kekal rahsia. Kali terakhir dia "online" dengan komuniti Bitcoin ialah pada 2010, lepas tu terus hilang.

3. Kenapa Satoshi hilangkan diri?

Banyak teori, tapi ini antara yang logik:

- Keselamatan diri: Dengan Bitcoin sekarang bernilai trilion, mungkin bahaya kalau identiti dia terdedah.

- Sebab falsafah Bitcoin: Bitcoin dicipta untuk jadi sistem bebas (desentralisasi), jadi kalau Satoshi terus terlibat, ia bertentangan dengan ideanya sendiri.

- Elak tindakan undang-undang: Cipta mata wang global baru bukan perkara kecil. Ada risiko besar nak kena tindakan undang-undang.

4. Kaya gila tapi tak sentuh duit

Satoshi dipercayai ada 1 juta Bitcoin, bernilai hampir RM150 bilion.

Tapi Bitcoin tu tak pernah disentuh langsung. Kalau dia jual semua, confirm dia jadi antara orang terkaya di dunia.

5. Apa legasi Satoshi?

- Inspirasi global: Satoshi buktikan idea kecil boleh ubah dunia. Bitcoin kini simbol kebebasan kewangan.

- Pengaruh meluas: Teknologi blockchain yang dia perkenalkan bukan setakat untuk mata wang, tapi banyak guna untuk benda lain seperti kontrak pintar, logistik, dan banyak lagi.

Konklusi: Siapa Satoshi Nakamoto ni?

Masih misteri. 

Dia mungkin seorang genius tunggal atau satu pasukan elit. 

Tapi apa yang dia atau mereka cipta ini telah mengubah cara kita faham tentang wang dan kebebasan kewangan. 

Dan mungkin, suatu hari nanti, dia akan muncul semula… atau mungkin dia dah baca artikel ni sambil senyum dalam diam?

Kredit: Afyan Mat Rawi

Ahad, 17 Mac 2024

Nilai bitcoin cecah rekod tertinggi dalam sejarah

 Bekalan bitcoin dihadkan kepada 21 juta token - Foto Reuters

Bekalan bitcoin dihadkan kepada 21 juta token - Foto Reuters

WASHINGTON/LONDON: Bitcoin mencecah paras rekod tertinggi melebihi AS$72,000 (RM337,046), dengan lonjakan mata wang kripto terbesar itu tidak menunjukkan tanda-tanda untuk perlahan.

Bitcoin ditutup meningkat 4.4 peratus kepada AS$72,649 (RM340,084) selepas mencecah paras tinggi AS$72,739 (RM340,505).

Mata wang kripto paling berharga di dunia itu dirangsang oleh kemasukan tunai ke dalam dana dagangan pertukaran bitcoin spot baharu dan harapan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan mengurangkan kadar faedah tidak lama lagi.

"Lonjakan nilai bitcoin baru-baru ini, menekankan kekuatan dan daya tahan yang luar biasa bagi mata wang kripto terkemuka itu. Pencapaian ini bukan sahaja menandakan peristiwa penting tetapi juga mencerminkan keyakinan dan permintaan yang berterusan dalam pasaran," kata penganalisis Bitfinex dalam nota penyelidikan.

Aliran modal ke dalam 10 dana dagangan bursa bitcoin spot Amerika Syarikat (AS) yang terbesar memperlahan ke paras terendah dua minggu bagi minggu sehingga 8 Mac, tetapi masih mencecah hampir AS$2 bilion (RM9.36 bilion), demikian menurut data LSEG.

"Bitcoin telah memulakan minggu ini dengan lonjakan, membawa seluruh ruang mata wang kripto lebih tinggi bersamanya," kata Pakar Strategi DailyFX, Nick Cawley.

Bekalan bitcoin, yang dihadkan kepada 21 juta token, ditetapkan untuk menjadi lebih ketat pada bulan April, apabila peristiwa yang dipanggil 'halving' berlaku.

Setiap empat tahun, kadar bekalan baharu yang dikeluarkan ke dalam edaran serta ganjaran untuk pelabur kripto dikurangkan sebanyak separuh, sekali gus cenderung menyokong harga.

Memandangkan bitcoin berusia kurang daripada dua dekad sebagai aset kewangan, unjuran mengenai trajektori harga mata wang kripto itu sangat mencabar.

Badan pemantau kewangan Britain menjadi pengawal selia terkini membuka jalan kepada produk dagangan aset digital selepas ia akan membenarkan bursa pelaburan yang diiktiraf untuk melancarkan nota dagangan bursa disokong kripto.

Penguasa Kelakuan Kewangan (FCA) dalam satu kenyataan berkata, pengawal selia United Kingdom (UK) dilaporkan berkata, produk berkenaan hanya tersedia untuk pelabur profesional seperti firma pelaburan dan institusi kredit yang diberi kuasa untuk beroperasi dalam pasaran kewangan.

FCA bagaimanapun memberi amaran bahawa nota dagangan pertukaran kripto (ETN), iait bon yang dikeluarkan oleh institusi kewangan yang menjejaki prestasi aset asas, boleh membahayakan pelabur runcit.

Namun, permintaan tetap semakin meningkat di seluruh komuniti pelaburan.

-Reuters

Rabu, 4 Ogos 2021

Scam: Suri rumah rugi RM45,000 ditipu pelaburan bitcoin

Suri rumah rugi RM45,000 ditipu pelaburan bitcoin
Mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki bernama David Kaminsky memaklumkan wang pelaburan akan digandakan ratusan ribu jika berminat untuk melabur. -Gambar hiasan

KUANTAN - Hanya kerana keinginan untuk cepat kaya, seorang suri rumah berputih mata selepas semua wang simpanannya berjumlah RM45,000 lesap akibat diperdaya pelaburan bitcoin tidak wujud pada 26 Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 56 tahun dikatakan berminat untuk melabur selepas melihat satu iklan dan terus membuat pendaftaran dengan sebuah syarikat bagi tujuan pelaburan.

Menurut beliau, selepas itu, mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki bernama David Kaminsky memaklumkan wang pelaburan akan digandakan ratusan ribu jika berminat untuk melabur.

"Pada 27 Julai, jam 4.32 petang, mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak RM30,000 melalui aplikasi bitcoin.

"Kemudian, pada keesokan harinya, kira-kira jam 3.26 petang, mangsa memasukkan lagi wang sebanyak RM15,000 melalui bitcoin yang sama," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, pada Isnin lalu, mangsa menerima panggilan dari David Kaminsky minta kemasukan wang RM50,000 bagi tujuan pembayaran cukai keuntungan.

Jelasnya, suspek mendakwa mangsa akan memperoleh keuntungan pelaburan RM480,000 seandainya memasukkan wang seperti diminta.

"Bagaimanapun mangsa tidak mengendahkan permintaan itu kerana wang simpanannya sudah habis dilaburkan selain mula mengesyaki ditipu.

 "Susulan itu, mangsa telah tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan petang Selasa," katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohd Wazir memaklumkan seorang pelajar berusia 21 tahun turut menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud sehingga menyebabkan kerugian RM10,960.

Menurut beliau, mangsa berminat untuk melabur selepas diperkenalkan rakannya mengenai perolehan berganda sekiranya melabur.

Katanya, bermula pada 28 Mei hingga Isnin lalu mangsa telah membuat tujuh transaksi wang berjumlah RM10,960 ke dalam akuan syarikat pelaburan.

"Selepas itu, mangsa menghubungi rakannya memaklumkan wang sudah dimasukkan, sebaliknya mangsa diberitahu bahawa akaun terbabit telah disekat pihak bank.

"Mangsa kemudian menghubungi semula rakannya, namun panggilan itu telah disekat. Mangsa berasa tertipu dan telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada petang Selasa," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun selain sebatan dan denda.

-SH Online