"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Datuk Lee Chong Wei. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Datuk Lee Chong Wei. Papar semua catatan

Sabtu, 3 Ogos 2024

"Datuk Lee Chong Wei, Lagenda Badminton Malaysia!

 "Datuk Lee Chong Wei, Lagenda Badminton Malaysia!"

Oleh: Azizul Farhan

Bila cakap pasal Olimpik, mesti ramai teringat nama Lee Chong Wei. Beliau bukan setakat pemain badminton biasa, tapi seorang wira yang penuh semangat juang. 

Dari Beijing ke London sampai Rio, Chong Wei tak pernah kenal erti putus asa. Walaupun selalu dapat pingat perak, beliau tetap jadi idola ramai orang.

Bayangkan, setiap kali beliau masuk gelanggang, beliau bawa harapan satu Malaysia. Semua orang doa dan harap dia menang. 

Chong Wei lawan habis-habisan, tak kira lawannya Lin Dan ke, Chen Long ke, beliau tetap bagi yang terbaik. Kisah beliau di Olimpik bukan sekadar tentang pingat, tapi tentang semangat, usaha dan inspirasi untuk kita semua.

Anak jati Bagan Serai, Perak ini dilahirkan pada 21 Oktober 1982. Siapa sangka, minat awal Chong Wei sebenarnya adalah sukan bola keranjang. 

Namun, demi kesihatan dan kesejahteraan anaknya, ibunya melarang Chong Wei dari bermain bola keranjang yang dimainkan di bawah terik matahari. 

Pada usia 11 tahun, bapanya membawanya ke gelanggang badminton, satu keputusan yang akhirnya membuka lembaran baru dalam hidupnya.

Jurulatih Teh Peng Huat adalah individu pertama melihat potensi luar biasa dalam diri Chong Wei. Dengan latihan intensif selepas waktu persekolahan, Chong Wei diasuh menjadi pemain yang hebat. 

Namun, transformasi terbesar berlaku ketika legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek, mengambilnya di bawah bimbingan pada usia 17 tahun. 

Dedikasi, disiplin dan kesungguhan Chong Wei meletakkannya di puncak dunia badminton memegang status pemain nombor satu dunia untuk 349 minggu, satu rekod yang sukar ditandingi.

Salah satu sorotan terbesar dalam karier Chong Wei adalah pencapaian luar biasanya di pentas Sukan Olimpik. Pada temasya Olimpik Beijing 2008, London 2012, dan Rio de Janeiro 2016, Chong Wei mengharumkan nama Malaysia dengan meraih pingat perak sebanyak tiga kali berturut-turut. 

Walaupun tidak berjaya membawa pulang emas, pencapaiannya tetap luar biasa dan menjadikannya sebagai salah seorang atlet paling berjaya dalam sejarah negara.

Siapa juga yang tidak kenal dengan perseteruan epik antara Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan, jaguh badminton dari China. Pertarungan antara mereka selalu dinantikan peminat sukan seluruh dunia. 

Dalam 40 pertembungan, Lin Dan menang sebanyak 28 kali, namun setiap perlawanan menyajikan aksi yang mendebarkan. Detik paling dramatik adalah di Olimpik Rio 2016, di mana Chong Wei akhirnya menewaskan Lin Dan di peringkat separuh akhir, namun tewas kepada Chen Long di final. 

Harapan Malaysia untuk melihat emas Olimpik dalam genggaman Chong Wei musnah sekali lagi, tetapi kegigihannya tetap memberi inspirasi.

Tidak dinafikan, perjalanan karier Chong Wei bukan hanya dipenuhi dengan kegemilangan, tetapi juga kontroversi dan cabaran. 

Pada tahun 2015, beliau terpalit dengan isu doping yang menyebabkan beliau digantung selama lapan bulan. Namun, semangat juangnya tidak pernah luntur. 

Selepas kembali ke gelanggang, beliau terus memburu kejayaan demi kejayaan, membuktikan bahawa beliau adalah seorang pejuang sejati.

Pada 13 Jun 2019, seluruh negara terkejut apabila Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya. Diduga kanser hidung pada 2018, kesihatannya tidak lagi mengizinkan beliau untuk terus beraksi di tahap tertinggi. 

Namun, legasi yang ditinggalkannya tetap abadi. Dengan 69 gelaran kejohanan termasuk 46 kejuaraan Superseries BWF dan status sebagai pemain nombor satu dunia selama 349 minggu, Datuk Lee Chong Wei akan selalu diingati sebagai wira sukan negara.

Kini, legasi Datuk Lee Chong Wei terus memberi inspirasi kepada generasi muda. Ramai pemain muda seperti Lee Zii Jia, Ng Tze Yong, dan Cheam June Wei yang menjadikan beliau sebagai idola. 

Kepada Datuk Lee Chong Wei, terima kasih atas segala jasa dan pengorbananmu. Anda bukan hanya seorang lagenda, tetapi juga sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Kisahmu akan terus diceritakan, dari satu generasi ke generasi seterusnya. Terima kasih, wira negara!

Credit 

___


Selain Lee Chong Wei, bagaimana tokoh-tokoh terkemuka di dunia capai kejayaan seperti hari ini? Korang boleh baca lagi kisah lain di dalam HIDDEN GENIUS dalam Bahasa Melayu! Dapatkan segera: https://shope.ee/6ANwVfKSpc

Ahad, 28 Julai 2024

Olimpik Paris 2024: ‘Jangan cemas’, Chong Wei kongsi kisah lucu di Olimpik.

 Olimpik Paris: ‘Jangan cemas’, Chong Wei kongsi kisah lucu di Olimpik. 

Saya nasihat atlit supaya jangan cemas. Tapi mustahil tak cemas. Semasa saya turun gelanggang semasa Olympic pertama saya, walaupun bertemu Ng Wei dari Hong Kong , bergetar juga tangan I kerana cemas. Peluh tak henti-henti membasahi baju yang dipakai. Fikiran menjadi kusut masai. 

Coach nampak I gelisah, dia tahu yang I dah cemas. Dia pon call Team Malaysia punya psychologist atau motivator (tak sure role) mari bagi ketenangan.

Mamat ni pon sampai kat aku. Terus dia pegang tangan aku nk bagi motivational speech

“Jason, jangan cemas. Ini kali pertama kau I tahu. Tapi Jason, teguhkan mental dan emosi. Jangan cemas”.

Aku pandang coach. Coach pandang aku. Kita heran. Sejak bila nama I Jason.

Aku pon tiao “Weh bro. Aku bukan Jason la.”

Mamat tu balas “ I tau. Jason ialah nama saya. Saya pon cemas gak. Ini kali pertama saya jadi psychologist untuk acara begitu besar. So sebelum I motivate u, I motivate i sendiri dulu”.

Terus gelak beruk aku dan coach…

Terus hilang cemas aku.. Maybe itu la cara tersendiri psychologist ini.

Jangan cemas, raih emas, Atlet atlet kita !

FB Datuk Lee Chong Wei 李宗伟

Khamis, 11 November 2021

Chong Wei mahu belanja Mew Choo 'siakap kayangan'

SAAT bahagia perkahwinan Chong Wei-Mew Choo pada 2012. FOTO Instagram leechongweiofficial
SAAT bahagia perkahwinan Chong Wei-Mew Choo pada 2012. FOTO Instagram leechongweiofficial

Kuala Lumpur: Bekas jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei bercadang membeli 'siakap kayangan' dari Langkawi sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun kesembilan perkahwinannya bersama Datin Wong Mew Choo.

"Ulang tahun kesembilan tahun ini agak sederhana sikit tapi saya akan membelikan awak ikan siakap dari Langkawi," tulis Chong Wei dalam hantaran terbaharu di laman Instagram.

 Minggu lalu tular di media sosial, portal dalam talian dan akhbar arus perdana mengenai ikan siakap mahal yang dijual di Kilim Geoforest Park, Langkawi hingga mencecah RM1,000 seekor sekali gus mencetus perasaan kurang senang dalam kalangan pelanggan.

Terdahulu Chong Wei, 39, menceritakan semula pengalaman pertamanya melamar Mew Choo di Gold Coast, Australia beberapa tahun lalu.

"Saya tidak pernah tahu bagaimana untuk bermimpi hinggalah saya bertemu awak @wongmewchoo.

"Beberapa tahun lalu apabila saya melamar awak di Gold Coast, ia satu saat paling gementar dalam kehidupan saya. Lebih gan-jiong (pinjam sikit ayat Tan Boon Heong) berbanding final Olimpik. Lebih gan-jiong berbanding mengambil keputusan SPM. Saya berlatih ucapan itu banyak kali dan apabila saya membuka mulut, ia masih tergagap-gagap dan tidak senada. Tidak selaras langsung.

"Jantung saya berhenti seketika apabila awak berdiam diri selepas saya mengajukan soalan itu. Adakah saya tidak terlalu cukup bagus buat awak? Adakah saya tidak cukup tampan buat awak? Saya lihat di cermin setiap hari, bukan Andy Lau tapi boleh cari makan ma muka saya. Tapi mujurlah, selepas lama berdiam diri, awak menangis dan berkata ya! Kita berpelukan dan menangis bersama, seribu lautan.

"Hingga ke hari ini, saya masih mencubit diri sendiri. Tidak boleh percaya kita sebenarnya bersama. Dengan dua anak lelaki yang tampan. Tidak sabar untuk meniti hari tua bersama. Berjalan seiringan. Saya berjanji dengan kedua ibu bapa awak saya akan menjaga awak apabila saya memegang tangan awak. Saya akan menunaikan janji itu.

"Selamat ulang tahun kesembilan, laopo (isteriku)."

Bagi menyambut ulang tahun perkahwinan ke-10 tahun depan, Chong Wei sudah bercadang untuk mengadakan keraian secara romantik dengan harapan situasi penularan Covid-19 semakin baik.

"Saya sudah mengimpikan Bora Bora atau Tasik Louise," tulisnya.

-myMetro