"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Tik Tok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tik Tok. Papar semua catatan

Selasa, 2 Julai 2024

Kerajaan tak kawal TikTok - Kementerian Komunikasi

 hmetro.com.my

Latifah Arifin
latifah@bh.com.my

Timbalan Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching ketika hadir pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas di Bangunan Parlimen hari ini. FOTO BERNAMA
Kuala Lumpur: Kementerian Komunikasi menyangkal dakwaan bahawa kerajaan 'mengawal' platform TikTok dengan menurunkan kandungan berunsur kritikan dan kecaman.

Sebaliknya, Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching menegaskan penyedia platform itu turut mempunyai hak dan sentiasa memantau mana-mana kandungan yang bertentangan dengan terma dan syarat serta kod standard komuniti yang ditetapkan.

"Setiap penurunan bagi sesuatu kandungan dalam talian, bukan hanya tertakluk kepada permohonan kerajaan melalui MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia).

"Penyedia media sosial turut memainkan peranan penting dalam memantau setiap kandungan dimuat naik supaya tak melanggar akta perundangan sedia ada, selain terma dan syarat serta kod standard komuniti ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 2021 dan 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya, laporan permintaan pengagihan keluar kandungan dikemukakan kerajaan yang diterbitkan pada 6 Jun lalu oleh platform TikTok menunjukkan kerajaan membuat sebanyak 1,862 permohonan.

Bagaimanapun, katanya, jumlah keseluruhan permintaan penurunan kandungan yang diterima TikTok adalah 6,231.

Katanya, ini menunjukkan bukan semua permohonan untuk penurunan kandungan dibuat oleh MCMC atau kerajaan, tetapi golongan pengguna turut berhak berbuat demikian.

"Laporan sama turut menunjukkan 2,514 kandungan telah diturunkan kerana melanggar panduan komuniti.

"Selain itu, terdapat 2,970 kandungan telah diambil tindakan atau diturunkan kerana melanggar peraturan, dalam masa sama 747 lagi kandungan (dalam kategori) 'no action' (tiada tindakan diambil).

"Maksudnya walaupun permohonan (turunkan kandungan) dihantar oleh kerajaan atau pengguna tetapi akhirnya jika TikTok merasakan kandungan itu tidak langgar komuniti standard atau undang-undang tempatan, maka mereka takkan turunkan," katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan tidak adil untuk sangkaan jahat ditujukan kepada kerajaan berkaitan permohonan penurunan kandungan.

Ini katanya, turut mengambil kira pelbagai permintaan penurunan kandungan antaranya berkaitan kegiatan judi dalam talian, kes penipuan dan pelbagai isu lain.

Jumaat, 17 Mei 2024

10 website yang paling banyak dilayari rakyat Malaysia, no.6 tu ramai tengok sebelum tidur

Internet merupakan satu anugerah kerana melaluinya, manusia dapat berhubung dan mengakses maklumat dengan mudah.

Setiap hari, komunikasi melalui pelbagai aplikasi seperti Whatsapp, Facebook, dan lain-lain menjadi lebih mudah dengan bantuan internet.

Selain itu, produk-produk tradisional seperti surat khabar bercetak telah berevolusi menjadi portal berita dalam talian.

Buku fizikal kini juga boleh diakses dalam bentuk e-Book melalui teknologi internet.

Agensi kerajaan dan syarikat swasta kini turut menawarkan perkhidmatan secara dalam talian, memberi alternatif kepada perkhidmatan kaunter fizikal.

10 website yang paling banyak dilayari rakyat Malaysia, no.6 tu ramai tengok sebelum tidur

Baru-baru ini, syarikat pembekal data digital untuk perniagaan, Similar Web, mengeluarkan senarai laman sesawang yang kerap dilayari oleh rakyat Malaysia pada Februari 2024.

Sebelum membincangkan data yang dikeluarkan oleh Similar Web, mari kita fahami apa itu laman sesawang. Menurut Kamus Dewan Edisi

Keempat, laman sesawang adalah sebuah dokumen elektronik yang terdapat pada paparan skrin komputer dan biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi, dan lain-lain.

Kandungan yang dipaparkan berkaitan dengan institusi, organisasi, persatuan, individu, dan lain-lain yang boleh diakses dengan menggunakan internet.

Menurut Website Rating, terdapat 1.13 bilion laman sesawang yang wujud ketika ini, tetapi hanya 82% daripada jumlah tersebut yang kekal aktif.

Beralih kepada senarai laman sesawang yang paling kerap dilayari oleh rakyat Malaysia pada Februari, Similar Web mendapati Google.com menduduki tempat pertama. Ini tidak menghairankan kerana Google.com merupakan enjin carian utama yang digunakan oleh orang ramai setiap hari untuk mencari maklumat di internet.

Youtube.com dan Facebook.com mengisi kedudukan kedua dan ketiga. Dua laman sesawang ini juga popular di peringkat global.

Whatsapp berada di tangga keempat diikuti oleh Instagram, Shopee, dan Twitter. Maybank2U, TikTok, dan Yahoo juga termasuk dalam senarai ini.

-MH Daily 

Sabtu, 25 Disember 2021

Michael Ang jadi Hanafi, pesanan rambut sikat tepi Jep Sepahtu

 

DUA video TikTok membabitkan Michael Ang dan Jep Sepahtu berkaitan isu 'rambut sikat tepi' trending.

NAMPAKNYA, kisah Hanafi bukan sahaja menjadi bahan kecaman dan bualan netizen tetapi momen kecurangannya turut dilakonkan semula oleh netizen.

Turut tidak ketinggalan berlakon menjadi lelaki curang itu ialah pengarah Michael Ang yang menyikat rambutnya dengan gaya ‘sikat tepi’ seperti Hanafi.

Namun, lain yang hendak disampaikan, perkara lain pula yang menjadi perhatian netizen iaitu warna kulit Hanafi yang bertukar cerah.

“Ini Hanafi terlebih makan pil pemutih kulit,” komen netizen.

Tidak cukup dengan itu, tular pula video pendek memaparkan lakonan Jep Sepahtu yang sebelum ini pernah berpesan agar lelaki jangan membuat gaya rambut sikat tepi.

“Aku dah pernah pesan, rambut jangan sikat tepi. Orang kalau tengok rambut sikat tepi, mudah kena bohong. Pacak!” kata Jep.

“Rupa-rupanya Jep boleh melihat masa depan, kita saja yang lalai,” seloroh seorang netizen lain.-Kosmo

Jumaat, 17 September 2021

Dapat berita mak ayah terpaksa ditidurkan, polis menangis ketika bertugas

 


Menerima khabar kurang enak berkaitan keluarga ketika sedang bertugas sememangnya satu perkara yang sangat membimbangkan.

Sudah tentu hari yang berlalu terasa lama dan sangat merisaukan kerana tidak dapat menatap terus sosok ahli keluarga yang tidak bersama kita.

Menangis ketika bertugas

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @mrbulatt87 apabila memuat naik momen sedih yang dihadapi seorang anggota polis apabila menerima panggilan memaklumkan ibu dan bapanya terpaksa ditidurkan kerana Covid-19.

Mak ayah juga anggota polis

Dapat dilihat anggota polis tersebut tidak dapat menahan tangis selepas dimaklumkan hal tersebut menerusi panggilan telefon.

Difahamkan, ibu bapa kepada anggota polis berkenaan juga merupakan anggota polis sebelum ini.

Semoga tetap kuat

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa sebak melihat keadaan tersebut.

Mereka juga mengakui perkara sebegitu sememangnya sangat memeritkan lagi-lagi mendapat berita ketika sedang bekerja.

Semoga ibu dan bapanya diberi kesembuhan seperti sedia kala.

Keras mana pun kita bab mak ayah tetap tewas

Dah lama tak jumpa dapat berita gini memang sedih

Semoga ibu bapanya diberi kesembuhan

Kalau bab mak ayah memang akan terluka & menangis

 

Sumber: TikTok @mrbulatt87

Credit: ohmymedia.cc