"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Trend. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Trend. Papar semua catatan

Rabu, 12 Januari 2022

Trend unboxing pasangan: ‘Tolong jaga kehormatan isteri’ – Dr Zulkifli Al Bakri

 

TANGKAP layar video pasangan melakukan 'unboxing pengantin'. - MEDIA SOSIAL

PUTRAJAYA: ‘Tolong jauhi perbuatan itu kerana ia jelas bertentangan dengan prinsip dan budaya Islam itu sendiri’.

Itu teguran dibuat bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri terhadap trend ‘unboxing pasangan’ atau ‘unboxing isteri’ yang kini menjadi ikutan dalam kalangan pasangan pengantin baharu ketika ini.

Zulkifli yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata, Islam memerintah suami untuk menjaga kehormatan dan penampilan isteri masing-masing.

Menurutnya, suami sepatutnya melindungi dan memelihara ahli keluarga masing-masing daripada mendapat kemurkaan Allah SWT, di samping menyeru mereka untuk taat kepada Allah dan meninggalkan larangan-Nya.

“Saya turut menasihati semua agar meninggalkan segala budaya atau trend yang jelas tidak mencerminkan akhlak mahupun peribadi agama Islam itu sendiri.

“Selain itu, turut menjadi kebimbangan sekiranya budaya atau trend sebegini menjadi ikutan anak-anak muda sehingga akhirnya ia dianggap sebagai perkara biasa,” katanya.

Katanya, apa yang lebih membimbangkan lagi ia akan mencetuskan kepada perkara yang lebih parah seperti mendedahkan aksi mesra yang keterlaluan, mendedahkan aurat dan lain-lain.

Zulkifli berkata, sepatutnya semua itu menjadi rahsia di antara suami isteri dan bukannya perlu dipertontonkan kepada orang lain.

“Hadis daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda, tiga golongan yang Allah SWT haramkan ke atas mereka daripada memasuki syurga, iaitu orang yang ketagihan arak, orang yang menderhakai ibu bapanya dan lelaki dayus iaitu orang yang membiarkan kejahatan dalam keluarganya.

“Al-Munawi menyatakan bahawa ‘dayus’ dalam hadis itu bermaksud orang yang membiarkan kejahatan atau perbuatan keji dalam kalangan ahli keluarganya iaitu isteri dan kaum kerabat terdekatnya,” katanya.

Justeru katanya, adalah menjadi tanggungjawab suami untuk memelihara kehormatan dan penampilan isteri mereka sekalipun di hadapan seorang lelaki yang buta.

Baru-baru ini, tular satu trend di aplikasi TikTok dimana pasangan pengantin baru memuat naik video yang menunjukkan pengantin lelaki membantu membukakan tudung pengantin perempuan dengan menanggalkan setiap aksesori yang terdapat pada bahagian kepala pengantin terlebih dahulu.

Dalam video itu, pasangan pengantin berkenaan masih memakai busana pengantin dan ia akan dirakam menerusi cermin oleh pengantin perempuan.

-utusanonline

Isnin, 10 Januari 2022

Duda kaya separuh usia kahwini gadis 18 tahun

H Sule menyerahkan wang hantaran sebanyak RM29,000 kepada isterinya. – Timur Kota

JAKARTA – Kisah pernikahan seorang duda kaya separuh usia dengan seorang remaja berusia 18 tahun di Kota Makassar menjadi tular di Indonesia selepas wanita itu dikatakan menerima wang hantaran sebanyak 100 juta rupiah (RM29,403), lapor laman berita Timur Kota semalam.

Tidak cukup dengan itu, ahli perniagaan yang dikenali sebagai H Sule itu dikatakan turut menyerahkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Fortuner dan sebuah rumah kepada isterinya.

 Seorang ahli keluarga gadis itu bagaimanapun tampil menjelaskan hal sebenar dengan memberitahu bahawa nilai hantaran yang diterima itu adalah benar, namun tidak bagi kenderaan SUV tersebut dan rumah.

Menurutnya, pengantin perempuan menerima wang hantaran sebanyak 70 juta rupiah (RM20,582), manakala selebihnya sebanyak 30 juta rupiah (RM8,821) terdiri daripada sebidang tanah.

“Saya sendiri mendengar ketika akad nikah diadakan. Tiada kereta atau rumah yang diberikan sebagai hantaran,” katanya.

Tambah individu tersebut, pernikahan itu juga berlangsung secara sederhana, namun ia menjadi tular kerana nilai hantaran tersebut telah diperbesarkan oleh netizen.

“Majlisnya juga biasa sahaja. Mungkin kerana pengantin lelaki dikenali ramai dan isterinya masih remaja, jadi, ramai yang tersalah sangka mengenai pernikahan ini,” jelasnya.

Berita mengenai perkahwinan tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.

“Daripada hantaran ini saya sedar bahawa wang adalah segalanya. Semoga ‘datuk’ bahagia selalu,” kata seorang netizen. – AGENSI