"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Harapan Palsu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Harapan Palsu. Papar semua catatan

Rabu, 29 Disember 2021

Isu menang saman RM 4.3 juta:‘Kami hanya menang di atas kertas’

 

MUHAMMAD Faiz Hafizuddin Mohd. Izahir terselamat dalam nahas mengorbankan tujuh pelajar tahfiz pada 2017, namun lumpuh seumur hidup akibat patah tulang belakang. - UTUSAN/TOREK SULONG

PASIR PUTEH: Koma 168 hari dan terlantar di hospital selama enam bulan, sebelum disahkan lumpuh sepanjang hayat akibat tulang belakang yang patah dua selepas terbabit dalam nahas jalan raya, empat tahun lalu.

Demikian ujian berat ditanggung bekas pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi (MTAH), Muhammad Faiz Hafizuddin Mohd. Izahir, 21.

Traumanya bukan kepalang, lebih-lebih lagi mengenangkan tujuh rakan karib terbunuh dalam tragedi itu.

Dalam nahas pada 7 Ramadan 2017, van dinaiki 14 warga MTAH menuju ke Kota Bharu dipandu guru pengiring mereka terbabas lalu merempuh sebuah rumah di tepi jalan di Kampung Telekong, Kuala Krai.

Tujuh pelajar maut manakala tujuh lagi terselamat termasuk Muhammad Faiz Hafizuddin. Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan menghadiri program tafsir al-Quran dan siasatan lanjut polis mendapati pemandu van berkenaan tiada lesen memandu.

Susulan kejadian itu, keluarga pemuda terbabit memfailkan saman terhadap MTAH sebelum Mahkamah Sesyen Kota Bharu memerintahkan pusat tahfiz yang beroperasi di Kuala Krai itu membayar ganti rugi akibat kecuaian berjumlah RM4.3 juta.

Ketika ditemui Utusan Malaysia di rumah keluarga pemuda itu di Bukit Bidang, Selising, di sini semalam, bapanya, Mohd. Izahir Kassim, 53, berkata, meskipun keputusan mahkamah pada 2018 itu berpihak kepada mereka, ia sekadar ‘kemenangan di atas kertas’.

Hakikat sebenar kata pesara tentera itu, anaknya belum pernah menerima sebarang manfaat pengurusan ilat daripada mana-mana pihak hingga ke hari ini dan dalam masa sama, keluarga mereka terus dihambat masalah kewangan.

“Terus terang, saya kini bergantung duit pencen RM1,000 sebulan untuk bayar rawatan dan keperluan khas Faiz, makan minum keluarga serta belanja sekolah tiga lagi anak. Isteri, Jahsuriawany Mustapha, 49, kini berniaga dalam talian untuk ringankan beban saya.

“Selepas tular berita keputusan mahkamah, semua bantuan kebajikan pelbagai pihak yang prihatin serta badan bukan kerajaan (NGO) dihentikan kerana kononnya kami sudah menang RM4.3 juta. Sedangkan dalam tiga tahun ini, kami belum pernah terima apa-apa bayaran,” katanya.

Bercerita perkembangan terkini anaknya, Mohd. Izahir berkata, pemuda itu sudah boleh bercakap ringkas, menghafal surah pendek selain mampu duduk dengan bantuan setelah menjalani fisioterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

“Namun untuk membuang air kecil dan besar, Faiz masih perlu dibantu menggunakan ubat khas selain satu tiub SPC (suprapubic catheter) ditebuk pada ari-arinya. Dia juga perlu memakai lampin pakai buang berharga RM114 bagi setiap enam pek,” katanya.

Dalam laporan eksklusif akhbar ini bulan lalu, MTAH dikatakan bakal disita, sekali gus terpaksa berhenti menawarkan pengajian percuma kepada 60 pelajar miskin kerana tidak mampu membayar ganti rugi RM4.3 juta kepada Muhammad Faiz Hafizuddin.

Menurut Pengasas MTAH, Datuk Adnan Hashim, selepas gagal membuat rayuan, ganti rugi itu bersama kos lain kini meningkat kepada RM5.2 juta, sedangkan pusat tahfiz tersebut tiada wang sebanyak itu kerana bukanlah sebuah organisasi yang berasaskan keuntungan. – UTUSAN ONLINE