"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Pelajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelajar. Papar semua catatan

Selasa, 23 Januari 2024

Rampasan nasi lemak?? Betul-betulkah ia terjadi? Kalau betul, tolong lah cikgu...


Rampasan nasi lemak?? Betul-betulkah ia terjadi? Kalau betul, tolong lah cikgu... lain kali jangan la ambik lagi jualan anak-anak kecil itu ...kasihanilah dia. 

Mungkin duit jualan tu untuk persekolahan keluarga dia. Adik-adik, abang, kakak... kesian mak ayah dia. 

Tahukah cikgu betapa susahnya memasak nasi lemak dan sambalnya? Modalpun tentu lebih daripada biasa waktu ini.. bebanan hidup dihempap GST! Mungkin dengan rampasan hari ini, jangan untung sekupang dua, modal untuk esok sudah tiada...

Gantikanlah RM17 mereka itu... tentu ada barakah yang besar dalam kelembutan hati cikgu... saya yakin, anak-anak sekolah yang menjual nasi lemak di sekolah tak punya ibu ayah yang kaya raya...

Ini kisah silam saya...

Sambal Bilis 

Keinginan meluap-luap menambah menu di dewan makan seperti orang lain, nanti pasti tertunai. Setiap kali pulang dari kampung, setiap hari Ahad, selepas waris datang melawat pada hari jumaat dan sabtu, air liurku terkecor. Pipiku kembang basah dengan bau wangi sambal bilis dalam botol nescaffe di depan beberapa rakan. Mereka meratah seekor demi seekor. Aku hanya memandang kadang-kadang menjeling dengan ekor mata. "Tentu sedappp!...kalaulah dia memberi aku merasa barang seekor...

Pagi sabtu itu, Mak sedang mengoyak ikan bilis yang aku beli tadi seekor demi seekor. Cabai kering sudah terapung dipermukaan air dalam mangkok tin kemek di sisi mak. Aku mencuci botol kacang jerok yang aku pungut di belakang kedai Musa. Bersih berkilat. Aku koyak labelnya, tudungnya merah menyala. Ada bau kacang jeruk masih tersisa. Aku membayangkan botol itu penuh dengan sambal, aku bimbit dalam plastik ke dewan makan untuk beberapa hari waktu makan malam. Tentu menyelerakan.

Petang itu aku akan balik ke asrama. Aku memerhatikan adik-adik yang sedang berlari bermain, beg pakaian tepi dinding belum diisi. Botol tu nanti aku balut dengan surat khabar dua tiga lapis, di luarnya plastik supaya tak tumpah dalam beg. Pak belum balik untuk aku minta tambang dan belanja. Berapa ringgit pun tak apa, asalkan lepas tambang dan bayar hutang cikgu $10. 

Lesung batu mak mula berbunyi, sekejap pantas sekejap perlahan rentaknya. Sekejap menumbuk sekejap menggesel. Makin nyaring bunyi lesung, makin hancurlah cabai kering melekat sekeliling dinding lesung dan alunya. Lamunan terhenti bila terdengar suara Mak menghambat adik pergi jauh..."gi meng kot nuu, satgi masuk mata!" Kata Mak kuat. Aku berlari menyambar Shila dan Senah. Rambut Senah kerinting tercongkeng di belakangnya, badannya kurus kering, hanya berseluar pendek. Mata Mak merah berair, bawang merah sudah teradun bersama cabai dalam lesung. 

Kraaappp! Mak menarik picu dapur minyak tanah ke atas, mancis api menyala dicampak ke lubang sumbu benang mentah. Lidah api kuning mula menghulur ke atas, Mak ambil bilah dawai bersumbu kecil di hujungnya meratakan api ke sekeliling bulatan dapur bulat biru tua itu. Karat sudah menjamah sebahagian bahagian atasnya. Belanga hitam pusaka Tok Timah menyentuh tungku dapur dan mula berasap.

Aku sudah bersiap ketika Pak pulang dari hutan dengan motor honda cup C70 yang diberi oleh 'Chin Toyu' Kg Berona sebagai upah Pak menukang di rumahnya. Platnya PN 2710, warna kelabu, seatnya warna coklat di sekeliling, hitam di tengah. Duduknya sudah senget ke kiri, besi penambatnya sudah tertanggal dari rangkanya. Tayar depan dan belakang sudah tidak sejajar, memikul beban berat mengganti gerek yang sudah menyandar di belakang rumah. 

Tengahari itu aku menerima penuh syukur duit seringgit dan lima ringgit $20 semuanya. Ada gambaran terselit di wajah Pak saat menghulurkan belanja itu. Sukar aku terjemahkan, mungkin itu saja hasil Pak hari ini, semuanya untuk aku. " Belanja jimat-jimat la Shi ooo...adik-adik ramai lagi ni di rumah ni". Pesan Pak. Bersalam mencium tangan Mak Pak belum berbudaya dalam kehidupan keluarga. (Hanya selepas berumahtangga dan berlaku percampuran budaya, barulah kami mengerti apa erti mencium tangan orang tua). Hanya pesanan dan ingatan diberikan untuk melepaskan anak dan adik abang pergi. " Mengaji rajin-rajin la Shi ooo.." pesan Mak. " Mak! Nak hata Ashi nek bas! Jerit adik-adik. " Gii lah! Tapi jangan lintas batas"! Mak memberi ingatan.

Adik-adik berderet menghantarku ke batas (jalan raya), ada berbaju ada yang tidak. "Nak try wak beg, berat ka dak"? Adik-adik meminta, sekejap memintas di depan, sekejap memaut di belakang. " Heh! Tak leh, jatuh satgi pecah sambal ku".

Aku melangkah tangga bas MARA Jeniang-Sik, mengambil tempat. Saat memaling ke luar tingkap, adik-adik sudah berlari-lari pulang bersaing dan mengusik. " Jangan lari satgi rebah". Hanya hati berbisik saat tayar bas bergolek. Kenangan inilah menemaniku bertahun-tahun berjauhan, menghadirkan sedih, pilu bersulam rindu! sepanjang waktu...

Aku tukar bas di Jeniang. Bas UTC Jeniang-Bukit Selambau- Sungai Petani akan membawaku terus ke Mat Jiwa, tambangnya $2.70...aku juga ada sambal malam ini...

"Aku basuh sambalku yang berkulat...."

Malam itu aku ke dewan makan, paling awal, berbekal semangat sambal ikan bilis yang mak. Aku pinjam sudu dan aku makan semulut lepas semulut. Sedapnya masakan mak membawa aku ke rumah. Aku beri sedikit jiran kiri dan kanan, yang jauh aku tak pelawa, takut cepat habis. Aku nak berjimat selama yang boleh.

Balik dari sekolah, aku membuka tudung botol, mengambil baunya, harumnya menghadirkan Mak dan adik-adik. Aku senyum sendiri. 3 hari kemudian, aku kehilangan kenangan, sambalku berkulat memutih di bahagian atasnya. Baunya sudah tidak enak, aku mula menyesal tak sudah. Alamak! Macam mana boleh berkulat. Sambal Pak Lan, Doet, Yasak dua minggu boleh makan lagi? Aduhhh!

Aku sayang ikan bilis itu. Aku cedok kulatnya, membuang ke tong sampah. Aku mencuba sesudu, masih boleh di makan. Aku termenung lama, di mana salahnya sambal aku, aku tak menyelok dengan tangan, aku pakai sudu, aku hanya menciumnya, tak tersentuh di bibir atau hidung.

"Pak Lan, awat sambal hang tahan lama? Yang aku dah berkulat." Aku taya Pak Lan Wahab " Mai tengok!" Pak Lan mencedok dan merasa. " Oooo.... Ikan bilih hang tak goreng dulu kot. Mak aku gorang sampai rapuh, baru boh minyak tomeh dengan cabai, hang tengok, kuah dia semua minyak". Sambil mencedok seekor untuk aku. " Ooo...mungkin cara masak tak sama kot. Tak pa lah, nanti balik kampung aku suruh Mak aku buat lain". Aku memujuk hati yang mula sebak.

Aku ke bilik air, membasuh sambalku, membuang kuahnya. Aku meratah semua ikan bilis yang masih banyak dalam botol, sejemput demi sejemput. Aku tak tergamak membuangnya. Aku beli sendiri ikan bilis tu di kedai Musa. Bukan seringgit, bukan dua ringgit. Untuk sebotol sambal aku saja mungkin $2.50, bakinya untuk makanan di rumah. 

Pak Lan tak tahu, masa Mak masak sambal ni, di rumah aku tak ada minyak masak...

Fb Muhammad Sanusi Md Nor

Selasa, 14 Disember 2021

Kes Buli: 10 pelajar MRSM ditamatkan pengajian

 

PUTRAJAYA: Seramai 10 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang terbabit dengan insiden membuli dengan kekerasan seorang rakan mereka ditamatkan pengajian di institusi itu berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf, berkata Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) membuat keputusan itu dalam mesyuaratnya hari ini.

Katanya, mesyuarat JDM telah mengkaji kes berkenaan dengan teliti sebelum mengambil keputusan itu.

Beliau berkata MARA memandang serius kejadian buli yang berlaku dan hukuman yang diputuskan menunjukkan pihaknya tegas dan tidak berkompromi perbuatan membuli dalam kalangan pelajar di mana-mana Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dan tajaan MARA.

Katanya, ibu bapa pelajar yang terbabit juga telah dimaklumkan mengenai keputusan jawatankuasa berkenaan.

"Keputusan penamatan pengajian itu dibuat berdasarkan garis panduan yang telah dinyatakan dalam Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar MRSM," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini video tular memaparkan kejadian buli secara kekerasan atau 'ragging' di MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar.

Siasatan awal polis mendapati, kejadian buli terbabit berlaku pada awal pagi antara jam 1 hingga 2 pagi 9 Disember lalu membabitkan mangsa dengan beberapa suspek lain yang semuanya adalah pelajar Tingkatan 1 berusia 13 tahun.

Azhar berkata, keputusan itu bukan sahaja menjadi pengajaran kepada pelajar yang terbabit, namun perlu dijadikan teladan oleh pelajar lain agar perkara sama tidak diulangi membabitkan salah laku di mana-mana institusi pendidikan di bawah MARA.

Katanya, MARA semestinya mahu melahirkan modal insan yang bukan sahaja cemerlang dari segi ilmu pengetahuan, namun pada masa sama mempunyai sahsiah diri dan tingkah laku peribadi yang baik agar diterima oleh masyarakat.

"MARA sentiasa komited dalam menangani kes-kes buli dengan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) melalui penguatkuasaan peraturan sekolah."

"Selain melaksanakan pemantauan secara berterusan melalui aktiviti pelajar ia termasuk proses pembelajaran di dalam kelas bagi mengelakkan kejadian seumpama berulang," katanya.-BH Online

Ahad, 12 Disember 2021

‘Di asrama ramai anak iblis, mereka ikat kemaluan aku kat kipas’ -bekas mangsa buli

CARA buli yang dikongsi netizen ketika pengalamannya di asrama.

PETALING JAYA: Seorang netizen di Facebook yang mendakwa sebagai mangsa buli, menceritakan nasibnya yang menyamai nasib si ‘adik berbaju merah’, mangsa buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Perak.

Dalam perkongsiannya, dia berkata, di asrama ini banyak ‘anak-anak iblis’.

“Aku sedih tengok nasib budak baju merah yang viral tu, dia senasib dengan aku. Tapi aku bukan kena pukul dengan basuh baju, ada sehari tu pembuli lilit kemaluan aku dengan benang dan mereka ikat kat kipas.

“Tangan dua-dua kena ikat. Berpusing aku lari, sampai satu tahap mereka buka kipas level 3 aku kena lari laju-laju, bila aku penat nak lari habis putus benang tu. Luka kulit bawah aku,” ceritanya.

Ceritanya, dia ingat ada tiga orang yang membulinya itu sampai ke hari ini.

“Aku takkan maafkan korang sampai hari kebangkitan, kat dunia mungkin kau lepas tapi tunggu kat akhirat. Mana-mana mak bapak yang hantar anak-anak kat asrama tu selalu la call tanya khabar anak, kadang mereka ni takut nak bagitau,” katanya.

-utusanonline

Sabtu, 11 Disember 2021

Pelaku buli merayu, harap ibu bapa mangsa tak buat laporan polis

 

PETALING JAYA: Warganet berharap ibu bapa kepada mangsa buli untuk tidak senang menerima maaf selepas anak mereka mengalami pengalaman yang pahit dan sakit dibuli oleh individu-individu tidak bertanggungjawab.

Menerusi tangkap layar perbualan pelaku-pelaku dan ibu bapa mangsa buli di sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak di Kuala Kangsar, Perak, mereka merayu dimaafkan dan memohon penjaga mangsa untuk tidak melakukan laporan polis.

“Kami semua nak mintak maaf sangat-sangat dekat pihak kau terutama kau (mangsa), ibu bapa (mangsa) dan semua orang. Kami sedar apa yang kami buat tu salah sangat-sangat.

“Kau (mangsa), aku (pelaku) nak mintak maaf sebab mengaibkan kau sebab rakam kau apa semua, aku harap sangat-sangat tolonglah jangan buat laporan polis, tolong la, kau je harapan weh sumpah lepas kita orang tak kacau kau dah,” kata pelaku di dalam tangkap layar perbualan WhatsApp.

Tangkap layar tersebut disiarkan oleh jnmalaysia menerima pelbagai reaksi oleh netizen yang rata-ratanya mengharap pelaku-pelaku itu kekal dikenakan hukuman dan ibu bapa mangsa tidak menarik laporan mereka.

“Kalau anak saya, kau minta maaflah macam mana pun, report tetap report. Tak boleh tolerate dengan bully. Mangsa tu physically and mentally hurt tau. Tindakan yang sewajarnya perlu untuk pelaku. Supaya jadi pengajaran dekat diri sendiri dan orang lain,” ciap myjassaramli.

“Oh nama adik yang kena tumbuk ni (nama mangsa) ya..kepada ibu bapa adik (mangsa) teruskan report polis! It’s a good thing they won’t hurt adik anymore but there’s no guarantee they will not run for the others pulak,” ciap chubbb__.

“Untuk kebaikan masa depan negara agar semua ambik pengajaran terhadap kes macam ni dan seangkatan dengannya, saya cadang keluarga mangsa teruskan buat laporan polis,” ciap ShahrilYusof.

“Semoga masuk penjara la budak-budak ni. masa pukul sikit pun tak reti fikir. Otak semua kat lutut. Semoga adik and family teruskan buat laporan polis. Jangan bagi muka,” ciap aidateddy.

“Dia merayu minta maaf sebab dah kantoi satu Malaysia. Kau fikir masa depan kau je, habis masa depan orang yang kau belasah tu? Entah dia ada internal bleeding pastu sakit sepanjang hidup ke, trauma lagi kot depressed, anxiety. Kenapa nak tunggu maktab bukak baru nak mintak maaf?” ciap TiadaCarut 

-Utusanonline

Video tular: Empat pelajar buli rakan setingkatan ditahan

Tangkap layar video memaparkan satu kejadian buli melibatkan beberapa orang pelajar yang tular di laman media sosial hari ini.

IPOH – Polis telah menahan empat pelajar yang juga suspek kes buli rakan setingkatan di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar petang tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, keempat-empat pelajar berusia 13 tahun itu ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar antara pukul 6 hingga 7 petang.

 “Empat pelajar telah ditahan petang tadi untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu Mior Farid memberitahu, kertas siasatan kes tersebut dibuka di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Beliau berkata, kesemua lapan pelajar terlibat termasuk seorang mangsa telah dikenal pasti dan mereka dipanggil bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan.

Katanya, turut dipanggil untuk dirakam percakapan ialah pemilik akaun media sosial yang menularkan video kejadian itu.

“Siasatan awal yang dilakukan mendapati kejadian itu berlaku semalam antara pukul 1 hingga 2 pagi melibatkan tujuh suspek remaja dan seorang mangsa.

“Satu laporan polis telah dibuat oleh pengetua sekolah berkenaan hari ini ekoran penularan video pergaduhan yang mendapat perhatian ramai,” katanya. -K! ONLINE

Jumaat, 8 Oktober 2021

[VIDEO] Ditanya Mengapa Kahwin Awal, Budak SPM Jawab: ‘Buat Kerja Sekolah Ada Orang Teman’

 

Sekadar gambar hiasan

Ungkapan kalau dah jodoh tak ke mana! sering kali kita dengar apabila bercakap soal jodoh. Walaupun, mempunyai perbezaan dari segi umur dan sebagainya perkara tersebut sama sekali tidak menjadi penghalang asalkan pasangan ini mampu menempuhi halangan tersebut bersama.

Jawab soalan netizen

Seperti video yang trending di laman TikTok, dikongsikan seorang gadis dikenali sebagai Akma.Nasri tampil menjawab soalan yang diajukan oleh netizen yang bertanyakan mengapa dia berkahwin pada usia yang muda. Susulan daripada itu, gadis ini tampil menceritakan kelebihan berkahwin pada usia muda.

Kenapa kahwin awal sangat, enjoy lah dulu.

Buat kerja sekolah ada orang teman, buat apa semua dapat pahala, nak keluar p mana pun tak ada orang marah, ada orang selalu merap, dan bila takut ada orang teman.

Hasil tinjauan pihak OHBULAN! di laman Instagram pasangan ini, mendapati gadis ini baru sahaja berusia 17 tahun manakala, suaminya berusia 19 tahun dan mereka selamat disatukan pada 22 Mei yang lalu, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Alhamdulillah selamat jadi isteri kepada Muhammad Irwan Fahmie yang sah. Thank you sayang dah halalkan saya dan tunaikan janji. Harap awak boleh jadi suami yang terbaik untuk saya dan didik saya ke jalan yang benar. Saya sayang awak suami. #PengantinPKP

Menerusi video lain yang dikongsi, difahamkan gadis ini sedang hamil. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dengan kisah pengantin muda ini dan pada masa yang sama menitipkan doa semoga urusan mereka dipermudahkan.

Video penuh:

Sumber: Akma.Nasri

kredit.ohbulan.com