"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Kejujuran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kejujuran. Papar semua catatan

Ahad, 7 November 2021

Tidak amanah:Jiranku 'sapu' RM26,000!

 GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kuantan: Tindakan seorang warga emas yang mempercayai jirannya dengan menyerahkan kad pengeluaran wang automatik (ATM) membawa padah apabila wang simpanannya berjumlah RM26,060 dikeluarkan tanpa kebenaran.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa seorang peneroka berusia 80 tahun mendakwa menyerahkan kad ATM kepada suspek wanita itu pada pertengahan Februari lalu.

"Lelaki itu mendakwa tujuannya menyerahkan kad itu supaya suspek dapat membantu menyemak baki akaun, memandangkan dia sukar keluar ke bandar kerana tiada ahli keluarga yang tinggal berhampiran.

"Mangsa mahu menyemak baki akaunnya selepas anak saudara lelakinya memaklumkan wang pampasan daripada projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sudah dimasukkan ke akaun," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mohd Wazir berkata, mangsa mendakwa suspek tidak memulangkan kad ATM miliknya selepas itu dan sering memberikan pelbagai alasan apabila ditanya mengenai status wang pampasan.

Mangsa mendakwa mengetahui baki akaun banknya berkurangan apabila anak saudaranya pulang ke kampung hujung Julai lalu dan semakan di bank mendapati terdapat 23 transaksi pengeluaran wang dibuat melalui kad ATM itu.

"Anak saudara mangsa cuba berbincang dengan suspek untuk memulangkan semula wang itu, namun suspek dikatakan berkeras menyatakan semua wang yang dikeluarkannya sudah diserahkan kepada mangsa," katanya.

Menurut Mohd Wazir mangsa akhirnya membuat laporan di Balai Polis Jaya Gading di sini, semalam, selepas mendakwa suspek enggan memulangkan wang itu walaupun memberikan tempoh secukupnya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM150,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

-myMetro