"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Anugerah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anugerah. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Mei 2024

"Anugerah Yang Satu-Satunya Hanya Untuk P. Ramlee!

 "Anugerah Yang Satu-Satunya Hanya Untuk P. Ramlee!


Pada 14 hingga 19 April 1963, Festival Filem Asia diadakan buat kali ke-10 di Tokyo.

Delegasi dari Malaya - Singapura diwakili oleh P. Ramlee wakil tunggal dari Shaw Brothers manakala Hussain Haniff, Latifah Omar, Roseyatimah, Wahid Satay dan Rahmah Ali mewakili Cathay-Keris. 

Antara filem Melayu yang bertanding di festival filem itu ialah Ibu Mertua Ku (P. Ramlee), Labu Labi (P. Ramlee), Chuchu Datok Merah (M.Amin), Masok Angin Keluar Asap (Hussain Haniff) dan Bayangan Di Waktu Fajar (Usmar Ismail). 

P. Ramlee turut dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik melalui filem Ibu Mertua Ku tetapi beliau tewas di tangan salah seorang pelakon dari Seoul iaitu Kim Seung Ho melalui filem Romance Gray. Sahabat P. Ramlee dari Jepun Toshiro Mifune juga turut dicalonkan tetapi turut sama tewas. 

P. Ramlee tak kecewa dengan kekalahannya itu cuma beliau mengatakan jikalau pihak juri dari Indonesia mengundi beliau dengan memberi dua mata sudah cukup untuk membuatkan beliau menang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik. 

Akan tetapi filem Ibu Mertua Ku berjaya memenangi anugerah Sinematografi Terbaik (Hitam & Putih) melalui A. Bakar Ali.  

Setelah selesai semua penyampaian anugerah tersebut, salah seorang dari juri yang ada telah meneliti filem Ibu Mertua Ku. 

Beliau merujuk di atas kemenangan filem itu melalui Sinematografi Terbaik (Hitam & Putih). 

Apabila beliau teliti sedalamnya tentang filem itu, beliau mendapati filem ini sangat berbeza dengan filem-filem lain yang turut menyertai festival pada edisi itu. 

Mengapa insan yang bernama P.Ramlee ini terlibat hampir keseluruhan proses pembikinan filem ini? 

Beliau Pengarah, Pelakon, Penggubah Lagu, Penyanyi dan Penulis Lakon Layar untuk filem ini. 

Perkara tidak pernah berlaku katanya dalam sejarah industri seni di asia malahan di dunia pada ketika itu. 

Lantas juri itu tadi mengutarakan perkara ini kepada kesemua juri-juri yang lain. Di masa itu juga telah diadakan perbincangan "kilat" sesama juri untuk menentukan apakah pengiktirafan yang patut diberi kepada seorang insan yang bernama P. Ramlee melalui filem Ibu Mertua Ku. 

Ketika perbincangan itu berlaku perselisihan pendapat dalam kalangan juri. Tetapi perkara ini dapat diselesaikan dan menemui titik persamaan. 

Semua hadirin yang hadir pada ketika itu ternanti-nanti apakah yang dibincangkan oleh semua juri pada masa itu. 

Akhirnya, 12 juri yang mengadili festival pada edisi kali itu telah sepakat dan sebulat suara memberi anugerah dari Golden Harvest Award : Most Versatile Talent kepada P.Ramlee kerana kemampuan ajaibnya dalam filem Ibu Mertua Ku. 

Semua para hadirin yang hadir telah memberi "standing ovation" kepada P.Ramlee termasuk bintang filem hindi yang terkemuka pada masa itu Raj Kapoor. 

Beliau mengatakan "He's deserve it" (merujuk kepada P.Ramlee) kepada wartawan yang menemubual beliau. 

Anugerah ini satu-satunya ada pada P. Ramlee dan tak pernah lagi dipertandingkan di mana-mana anugerah seni dalam dunia selepas P.Ramlee menerimanya dari dulu sehingga sekarang. 

HANYA PADA P.RAMLEE SAHAJA!

Dari Tokyo, P. Ramlee telefon Saloma dan maklumkan bahawa beliau flight beliau delay 1 hari untuk pulang ke Singapura. P. Ramlee bagitahu Saloma bahawa beliau dapat anugerah yang belum ada dalam dunia seni iaitu pelakon serba boleh, dimana P. Ramlee lah yang merupakan pelakon dan pengarah pertama yang dianugerahkan anugerah "THE MOST VERSATILE TALENT".

Oleh: Azizul Farhan 

___

Sumber

Teringin nak tahu kisah hidup Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dari awal kelahiran hinggalah hilangnya sebutir permata industri seni negara? 

Dapatkan P.RAMLEE, TIADA YANG KEDUA yang akan ke udara ketika PBAKL nanti!

Baca bab-bab awal SECARA PERCUMA di sini: https://thepatriots.store/pramlee/

Jumaat, 8 Oktober 2021

Piala Usang:Hanya satu di dunia tiada pengganti dianugerahkan kepada Seniman Agung P.Ramlee

 PIALA USANG


Apa yang istimewa dengan piala ini. Piala usang yang telah berusia 58 tahun ini masih disimpan rapi dalam cermin kaca. Mengapa ianya begitu dijaga sedemikian rupa? 

Bagi yang tidak tahu menilai sudah pastilah ianya sama seperti piala atau medal acara larian 5 kilometer. Tetapi piala ini meriwayatkan sebuah kisah dalam sejarah seni di dunia tentang pengiktirafan kepada seorang manusia biasa yang luar biasa.

Piala ini hanya ada satu sahaja dalam dunia. Ketegori piala ini juga sudah 58 tahun tidak dipertandingkan dalam mana-mana majlis anugerah seni di dunia kerana bakal penerima ketegori ini masih belum wujud sehingga kini. Malah John Wayne, Marlon Brando, Dilip Kumar, Raj Kapoor, MGR, Sivaji Ganesan, Toshiro Mifune dan lain-lain yang terkenal pada ketika itu tidak berkesempatan untuk merangkul anugerah ini.

Piala yang satu-satunya dalam dunia ini telah dianugerahkan kepada seorang insan yang jujur dan ikhlas dalam berkarya. Kita sebagai bangsa Melayu di Nusantara dan rakyat Malaysia khususnya sepatutnya berbangga dengan bakat yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada pemilik nama Teuku Zakaria bin Teuke Nyak Puteh. 

Pengiktirafan tertinggi buat insan seni yang bergelar seniman agung ini dengan membawa pulang anugerah Bakat Serba Boleh atau "Most Versatile Talent" di Festival Filem Asia ke-10, di Tokyo pada tahun 1963. 

Saya sangat bertuah berkesempatan untuk memegang piala ini kerana tidak ramai yang berpeluang menyentuhnya sekarang hanya sekadar mampu melihatnya dari luar cermin kaca sahaja. Saya bukanlah waris kepada mana-mana seniman dan seniwati hanya sebagai individu yang sangat mencintai sejarah dan perkembangan seni tanah air dulu kini dan selamanya.

Apa kata Al Ariff Billah, dengan ilmu hidup menjadi mudah, tanpa ilmu hidup menjadi mainan orang.

Teks : HAR

Penghargaan :

Arkib Negara Malaysia

Pustaka Peringatan P.Ramlee

Sumber