"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Jumaat, 23 Jun 2023

Dengan sekali lafaz,Shuib kini suami Watie

 Shuib bersalaman dengan Watie. FOTO Zaara Talita

Shuib bersalaman dengan Watie. FOTO Zaara Talita

Subang Jaya : Dengan sekali lafaz, Shuib, 39, sah bergelar suami kepada pasangannya, Watie Hanifiah, 35, jam 8.47 malam, hari ini, di Putra Glass House, di sini.

Pasangan itu dinikahkan abang pengantin perempuan, Muammar Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin Kampung Bukit Lanchung, Ustaz Zubairi Ghazali.

Acara itu turut disaksikan 600 tetamu termasuk keluarga kedua-dua belah pihak, sahabat handai serta rakan-rakan media.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata, mas kahwin berjumlah RM8,288 diiringi lima dulang hantaran.

Pihak Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Majlis serba indah dengan tema warna 'dusty pink' itu turut mengusung konsep Mutiara.

Sebelum ini, Shuib dan Watie mengadakan majlis khatam al-Quran dan berinai pada 13 Jun lalu. Mereka mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.

Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan penyanyi, Anuar Zain dan Lah Ahmad.

Hari bahagia Shuib dan Watie juga turut diraikan oleh rakan-rakan artis antaranya Fasha Sandha, Zulin Aziz, Zara Zya, Nora Danish dan ramai lagi.

-myMetro 

Rabu, 21 Jun 2023

Alfatihah:Rohana Jalil meninggal dunia

 ROHANA Jalil

ROHANA Jalil

Kuala Lumpur: Penyanyi Rohana Jalil, 68, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.33 malam.

Beliau meninggal dunia di sisi suami, anak-anak dan keluarga apabila doktor mengesahkan keadaannya kritikal, petang tadi.

Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abd Jalil dimasukkan ke HCTM sejak 20 April lalu akibat kebocoran usus.

Berita kematiannya turut dikongsi oleh beberapa rakan rapatnya menerusi media sosial antaranya penyanyi Norshila Amin, Chef Yang Jamil dan ramai lagi.

Jenazah kini masih berada di hospital dan difahamkan urusan mandi jenazah dan kafan akan dilakukan di HCTM pagi nanti.

Sementara, solat jenazah akan diadakan di Masjid Al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, Selangor.

-myMetro

Rabu, 14 Jun 2023

PRN 15:KEBUNTUAN PHBN UNTUK MENCALARKAN IMEJ SANUSI

 KEBUNTUAN PHBN UNTUK MENCALARKAN IMEJ SANUSI

War Room PHBN di peringkat Pusat telah mengadakan retreat selama 2 hari. Banyak agenda dibincangkan untuk hadapi PRN 6 Negeri.

2 isu besar yang dibincangkan secara mendalam, hasil dapatan risikan PHBN sukar untuk bertahan di Negeri Sembilan dan Selangor. Pulau Pinang, walaupun PHBN boleh menang tetapi terpaksa hadapi pembangkang yang kuat apabila PN dijangka menang di kesemua kerusi majoriti Melayu.

Isu kedua ialah ‘aura Sanusi’ di kalangan pengundi Melayu. Dapatan dari kajian dibuat, Sanusi sudah jadi figura besar peringkat nasional dan berjaya menguasai trending medsos. Ia ancaman besar (bagi PHBN) khususnya di kalangan pengundi muda.

Kumpulan permukiman PHBN memutuskan satu agenda khusus mesti dibuat untuk ‘membunuh’ karektor Sanusi. Lalu dalam perbincangan, mereka menyusun naratif untuk hadapi Sanusi. Antara yang disenaraikan untuk dilakukan:

1)Cipta plot kononnya Sanusi ditolak istana.

2)Korek cerita2 negatif Sanusi, sekalipun kalau dia berhutang dengan sesiapa.

3)Tun Mahathir berunding dengan Tok Guru Abd Hadi mahu Mukhriz jadi MB Kedah.

4)PAS Pusat tak bersetuju sikap Sanusi.

5)Eksploit isu PAS Kedah gerakkan himpunan ‘Solidarity4Sanusi’ kononnya untuk pertahankan Sanusi

(beberapa lagi cadangan lain)

Peserta-peserta retreat diingatkan supaya bersungguh-sungguh membawa naratif yang dirancang dan berpegang dengan falsafah Joseph Goebbel iaitu “bohong yang diulang-ulang akan dipercayai orang ramai.”

Sekarang naratif yang dibuat PHBN itu sedang berjalan. Sebelum mereka berjaya menghabiskan konspirasi jahat memburukkan Sanusi. Elok semuanya dijawab siap2 supaya kalangan netizens yang kurang mendalami ilmu politik tidak tertipu dengan propaganda PHBN.

1)Hubungan DYMM Sultan Kedah dengan MB Sanusi sangat baik. Tradisi istana Kedah tidak pernah terbabit percaturan politik mana-mana pihak. Sebab itu Sultan Kedah tetap melantik Sanusi swakili Kedah dalam Majlis Kewangan Negara sekalipun tidak disukai PMX.

2)Korek cerita negatif tu perangai lalat yang suka cari sampah busuk. Kalau BNPH jumpa sila bawak mai, kita boleh jelaskan pada rakyat aya yang sebenarnya.

3)Calon MB mesti dari PN. Mukhriz dari Pejuang yang ditolak dari sertai PN, mana mungkin jadi calon MB pulak. Presiden PAS dan Tun bekerjasama untuk tegakkan kekuatan Melayu/Islam di negara ini, tak bincang pun agenda siapa MB Kedah.

4)PAS Pusat mana yang tak setuju dengan Sanusi tu? Ini lawak. Nak reka fitnah pun biarlah logik. PAS Pusat yang angkat Sanusi jadi MB dan Pengarah Pilihanraya. Ini PASlah, parti yang solid, bukan macam PH atau BN yang bercakaran sesama sendiri.

5)Tidak pernah ada anjuran himpunan Solidariti4Sanusi oleh mana-mana pihak dalam PAS. Kalau himpunan Sanusi berceramah memang sentiasa ada sebab aura Sanusi ‘power giler’ boleh tarik crowd. Itu yang ditakuti BNPH. “Solidarity4Sanusi” itu adalah tagline yang diwujudkan netizens dalam media sosial selepas terdapat ura-ura pihak tertentu mahu mendakwa Sanusi ekoran dakwaan berdasarkan sejarah bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Semoga War Room PHBN dapat mencari alternatif lain dalam hadapi kebuntuan untuk mencalarkan imej MB Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor. Selamat mencoba.

Khamis, 8 Jun 2023

Surat terbuka buat Jocelyn Chia.

Pertama, paksu tak kenal pun you ni siapa. Entah datang dari ceruk gua mana tiba-tiba nama you trending di semua sosial media. 

Viral sampai satu negara kami gegak gempita. Kedua, paksu tak tahu apa yang buatkan you ni marah dan benci sangat dengan negara kami Malaysia. 

Sampai jenaka yang you buat seolah-seolah mempersenda dan mengina negara kami tanpa rasa bersalah atau berdosa. 

Mungkin cinta you pernah ditolak orang jantan Malaysia agaknya. (Paksu sekadar meneka). 

Dan last but not least, paksu secara total menolak keras cubaan atau apa saja bentuk content yang menghina negara Malaysia walau dengan alasan sekadar lawak jenaka. 

Itu bullshit, nonsence dan sangat tidak boleh diterima.

Wahai makcik Jocelyn Chia.

You boleh hina negara kami tidak maju dan membangun seperti negara you…..Singapura. Itu memang benar dan paksu sebagai rakyat Malaysia pun mengakui dan tidak menafikannya. 

Singapura memang hebat dalam segala benda. Tapi you silap besar bila you dengan muka tau fu fa celup tepung duk carut rakyat Malaysia dengan carutan yang sangat teruk dan tidak pantas untuk diterima halwa telinga. 

Ayat-ayat yang you guna dan mimik muka you yang jelas sangat bencikan orang Malaysia. 

Dan paling kurang ajar you kutuk pasal kehilangan kapal terbang (MH370) yang tidak yang hilang dan tidak mendarat itu sangat-sangat to muchhh la makcik Jocelyn tua. 

You nak melawak, melawak tapi jangan libatkan negara kami Malaysia. You nak fame, ambil tapi jangan dengan publisiti murahan macam ni ya. 

You kata kami rakyat Malaysia tak ada internet hello sila tempah jalan ke neraka. 

Sebab you sekarang dah jadi manusia paling dibenci di negara Malaysia tercinta. 

Watch out ya. Jangan pernah bermimpi nak datang bercuti ke sini, kami tidak terima. 

Kepada semua rakyat Malaysia, ayuh tunjukkan sokongan dan kasih sayang kita kepada negara. 

Jangan biarkan sesiapa pun baik warganegara sendiri atau orang luar bebas dan sesuka hati menghina negara kita. 

Kita ada kuasa. Kita ada suara. Kalau tidak dengan kekuatan ekonomi dan tentera, kita tunjukkan dengan kekuatan netizen kita di alam maya. 

Share posting ni biar Jocelyn Chia baca dan tahu “bawangrian Malaysia” tiada tandingan dalam melawan musuh ya. 

Hidup Malaysia!!! 😍💪❤️🇲🇾

Sumber: Facebook 


Artikel Berkaitan: Singapura mohon maaf ekoran tindakan Jocelyn Chia menghina Malaysia

Selasa, 6 Jun 2023

Peluang Bisnes:Pendaftaran sebagai Vendor di MISI secara percuma dibuka

Kelebihan untuk Peniaga di Misi

Anda pernah dengar Foodpanda,Grab,Lalamove dan banyak lagi perkhidmatan 'delivery'?

Terbaru.....

Sekarang pihak MISI ingin menawarkan peluang kepada semua peniaga untuk mendaftar sebagai vendor di MISI bersama team kami untuk melariskan lagi jualan di premis perniagaan anda dengan mengguna konsep pekhidmatan RIDER DELIVERY.

Anda yang mempunyai perniagaan mesti mengambil peluang untuk memperbanyakkan lagi jualan dengan bantuan para RIDER tersebut.


Apa kelebihan yang anda perolehi dengan mendaftar sebagi VENDOR MISI...

1. Untung 100% daripada jualan

Guna Percuma dengan syarat anda wajib kekalkan harga kedai di dalam app misi kerana anda untung 100% tanpa sebarang potongan.

2. Payout bila-bila masa sahaja.

Anda boleh keluarkan duit jualan pada bila-bila masa sahaja. Segala transaksi direkod untuk anda rujuk sentiasa.

3. Set masa untuk setiap order

Anda tidak perlu lagi sidai rider di kedai anda. Kerana rider akan datang pickup mengikut masa yang anda tetapkan.

4. Refund item terpantas

Selalu pening kepala nak refund order bila item habis? Di misi anda boleh refund duit masuk terus ke wallet customer.

5. Admin Official Full Support

Anda akan mendapat bimbingan khas daripada admin official dari misi untuk bantu anda setup app dan naikkan sales.

6. Buka Unlimited Bisnes

Anda boleh membuka banyak bisnes dengan akaun yang sama. Sesuai untuk mereka yang mempunyai banyak cawangan dan ingin centralizekan bisnes.

7. Lantik Staff untuk kedai

Sebagai owner, mesti anda tak sempat uruskan kedai dalam app. Jangan bimbang, anda boleh lantik staff di dalam app untuk jaga dan urus order kedai.


p/s:Kod Admin kawasan Kangar adalah oOrzjd

Sila gunakan kod diatas untuk anda mendaftar sebagai vendor bagi kawasan Kangar Perlis

Untuk bantuan vendor yang mendaftara kawasan kangar boleh hubungi/wasap 0194774970 Master Pak Long

Sabtu, 3 Jun 2023

Rasulullah menangis hingga pengsan ketika Jibril menyebutkan penghuni neraka yang ke-7..

 MALAIKAT JIBRIL MENANGIS


Gambar hiasan


Rasulullah menangis hingga pengsan ketika Jibril menyebutkan penghuni neraka yang ke-7..

Jibril datang kepada Rasulullah pada waktu yang tidak seperti biasa. Raut wajah tidak seperti biasa. Nampak berbeza.

Rasulullah SAW  bertanya:

"Mengapa aku melihat kau berubah muka (wajah)?" Jawab Jibril: "Ya Muhammad, aku datang kpdmu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan nyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahwa neraka Jahannam itu benar, siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar,  untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman drpdnya".

Lalu Rasullulah saw bersabda:

"Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam".

Jawab Jibril: "Ketika Allah menjadikan Jahanam, maka dinyalakan selama 1000 tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan 1000 tahun sehingga putih, kemudian 1000 tahun lagi sehingga hitam, lalu menjadi hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah, seandainya  terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar semua penduduk dunia kerana panasnya. Demi Allah, andainya satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi karena panas dan basinya.

Demi Allah, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke 7.

Demi Allah, andainya  seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yg di hujung timur kerana sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam, perhiasannya besi dan minumannya air panas bercampur nanah dan pakaiannya adalah potongan api.

Api neraka itu ada 7 pintu, jarak antara pintu sejauh 70 tahun dan tiap pintu panasnya 70 kali dari pintu yg lain".

Dinyatakan dalam 1 Hadis Qudsi: "Bagaimana kamu masih bisa melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari-KU. Tahukah kamu bahwa neraka jahanamKU itu  mempunyai 7 tingkat.

Setiap tingkat mempunyai 70000 daerah. Setiap daerah mempunyai 70000 kampung. Setiap kampung mempunyai 70000 rumah. Setiap rumah mempunyai 70000 bilik. Setiap bilik mempunyai 70000 kotak. Setiap kotak mempunyai 70000 batang pokok zaqqum.

Di bawah setiap pokok zaqqum mempunyai 70000 ekor ular. Di dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta mengandung lautan racun yg hitam pekat. Dan di bawah setiap pokok zaqqum terdapat 70000 rantai. Setiap rantai diseret oleh 70000 malaikat.

 "Api yg ada sekarang ini, yg digunakan bani Adam untuk membakar, hanyalah 1/70 dari api neraka jahannam" ~ Hr Bukhari dan Muslim

Allah SWT berfirman:

"Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yg jauh, mereka akan mendengar kegeraman dan suara nyalanya". ~ Al-Furqan: 11

"Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya, mereka mendengar suara neraka yg mengerikan, sedang neraka itu menggelegak, hampir-hampir (neraka) itu terpecah lantaran marah". ~ Qs. Al-Mulk: 7.

Air di jahannam adalah Hamim (air panas yg menggelegak), anginnya adalah Samum (angin yg amat panas), sedang naungannya adalah Yahmum (naungan berupa potongan-potongan asap hitam yg sangat panas) ~ Qs Al-Waqi'ah: 41-44.

Nabi Muhammad SAW meminta Jibril untuk menjelaskan satu per satu mengenai pintu-pintu neraka tersebut.

"Pintu pertama dinamakan Hawiyah (jurang), yg diperuntukkan bagi kaum munafik dan kafir. 

Pintu ke 2 dinamakan Jahim, yg diperuntukkan bagi kaum musyrikin.

Pintu ke 3 dinamakan Saqar, yg diperuntukkan bagi kaum shobiin atau penyembah api.

Pintu ke 4 dinamakan Ladha, diperuntukkan bagi iblis dan para pengikutnya.

Pintu ke 5 dinamakan Huthomah (menghancurkan hingga berkeping-keping), diperuntukkan bagi kaum Yahudi.

Pintu ke 6 dinamakan Sa'ir (api yg menyala-nyala), diperuntukkan bagi kaum kafir.

Rasulullah bertanya: "Bagaimana dengan pintu ke 7 ?"

Sejenak malaikat Jibril seperti ragu ragu untuk menyampaikan siapa yg akan menghuni pintu ketujuh.

Akan tetapi Rasulullah SAW mendesaknya sehingga akhirnya Malaikat Jibril mengatakan ..

"Pintu ke 7 diperuntukkan untuk umatmu yg berdosa besar dan meninggal sebelum sempat bertaubat."

Mendengar penjelasan itu,  Rasulullah SAW terkejut lalu pengsan. 

Jibril lalu meletakkan kepala Rasulullah SAW di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar beliau bersabda.

"Ya Jibril, sungguh besar kerisauan dan rasa sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dan tidak sempat bertaubat"

Nabi Muhammad SAW lalu menangis. Jibril pun ikut menangis.

Setelah kejadian itu, beliau tidak berbicara dengan siapapun selama beberapa hari dan ketika solat beliau pun menangis dengan tangisan yg sangat memilukan.

Jom kita taubat sebelum terlewat dengan taubatan nasuha.

Janganlah sampai kita meninggal sebelum bertaubat.

Semoga kita saling menolong untuk masuk ke syurga nanti.

Sahabatku yg dikasih-Nya ♥️

 .."Jika engkau tidak menemuiku di Jannah, maka tolong cari dan keluarkan aku dari neraka"