Isnin, 2 Ogos 2021

Tokyo 2020: Axelsen Menangis, Hanya Perlu 2 Set Tewaskan Chen Long Untuk Pingat Emas Olimpik

Viktor Axelsen menangis selepas menewaskan jaguh dari China yang juga penyandang pingat emas di Rio, Chen Long dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki di Olimpik Tokyo 2020.

Kejayaan ini cukup manis buat Axelsen kerana ini adalah kali pertama beliau memenangi pingat emas Olimpik dalam kerjayanya yang sedang memuncak.

Axelsen menewaskan Chen Long dalam aksi 2 set yang nampak mudah perjalannya dalam mengalungkan pingat emas buat kontinjen Denmark. Set pertama ada sedikit cabaran yang diberikan oleh Chen Long dan berkesudahan 21-15 menjadi milik Axelsen.

Tidak banyak berubah di set kedua, kesilapan demi kesilapan dari Chen Long yang banyak membuat pukulan keluar memudahkan Axelsen untuk menamatkan set kedua dengan keputusan 21-12.

Chen Long gagal menyamai rekod Lin Dan yang mendapat dua pingat emas Olimpik dan ini adalah emas pertama yang sangat manis buat Axelsen serta menjadikannya pemain yang lengkap dengan semua kejuaraan utama sebaris dengan Lin Dan, Chen Long dan Taufik Hidayat.

-siakapkeli.my

0 comments:

Catat Ulasan