Kuala Lumpur: Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida hanya memilih bakal suami yang setaraf dengannya jika ditakdirkan bertemu jodoh lagi.
Vida menerusi hantaran terbaru di Instagram berkata, dia akan mencari calon yang mempunyai kestabilan dari segi ekonomi dan sebaya usianya.
"Ada ke lelaki yang nak saya? Tengoklah saya jenis 'brutal' gini (begini). Semua buat, takut lari saja nanti. Sekarang ini saya tidak terfikir pun nak kahwin ke apa. Anak-anak, keluarga dan syarikat adalah keutamaan saya.
"Kalau ada jodoh sekali pun saya akan cari yang level-level (setaraf) saya. Maksudnya dari segi umur, pengalaman, kaya of course (sudah pasti)," katanya secara berseloroh.
Perkongsian ini dibuat bagi menjawab khabar angin yang mengatakan dia bakal berkahwin lagi.
Vida pernah mendirikan rumah tangga dengan Fairuz Ahmad Zainuddin pada Januari 2014, namun bercerai pada 7 April 2017.
-myMetro
0 comments:
Catat Ulasan