Isnin, 16 Ogos 2021

Covid19: Penurunan Kes ke Jabatan Kecemasan menurun tetapi Brought In Dead meningkat.

 Penurunan Kes ke Jabatan Kecemasan menurun tetapi Brought In Dead meningkat.


Apa relevannya semalam bukan main berita cerita berkenaan dengan Jabatan Kecemasan sudah berkurang, semua dah rileks di mana "ada cahaya di hujung kegelapan". Tetapi BID meningkat menunjuk kebanyakan kes yang sepatutnya masuk ke hospital terutamanya kes high risk tidak dimasukkan ke wad.

Ada kes di mana kawan saya Dr di klinik sendiri telah melakukan on site treatment kepada warga asing untuk oksigen di mana mangsa telah ditolak dari kemasukan dari Hospital.

Selain tu, ada kes covid tular di satu group di mana warga emas yang kena Covid19 tetapi kuarantin di rumah sahaja sehingga sudah teruk baru dihantar ke Emergency.

Sila lakukan sesuatu untuk mengelak BID meningkat. Kebanyakan kes di tempat kerja saya sekarang kuarantin di rumah dan kita risau dimana mereka kebanyakan tiada alat untuk check tahap kesihatan seperti Oxymeter. *Tempat kerja saya masih belum jalan, semua kes 3bulan terakhir direkodkan adalah dari rumah.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA sila lakukan sesuatu.

Rakyat marhein yang prihatin,

Nazmi bin Azizan

0 comments:

Catat Ulasan