Selain Muhyiddin, Najib juga akan melakukan perkara yang sama terhadap Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan.
“Perangai dia sebijik dengan Tun Mahathir (Mohamad). Buat video propaganda sedih-sedih. Suka lempar tuduhan tidak berasas. Saya tak main propaganda. Saya tak main air liur. Saya berdasarkan bukti, kebenaran serta data dan sains.
“Kami cabar kamu buat laporan polis bahawa ada yang suruh kamu ganggu kes utama, kamu tak berani. Sampai kita perlu buat untuk kamu. Suruh kamu keluarkan bukti, kamu tak ada.
“Sebab itu, peguam saya akan mengemukakan saman fitnah serta mohon kepada mahkamah untuk ambil tindakan terhadap Muhyiddin dan Wan Saiful Wan Jan kerana menghina mahkamah,” katanya dalam kenyataan di Facebook malam ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Muhyiddin semasa mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri hari ini dan dalam kenyataannya beliau didakwa turut mengheret nama Najib.
Menurut Najib, Muhyiddin kata dia turun sebab ada yang rakus kuasa mahu jawatan dia.
“Tapi dia sudah lupa siapa yang rakus kuasa untuk tikam belakang Mahathir dan khianat gabungan dia untuk rampas kuasa setelah parti dia kalah begitu teruk sekali kepada BN pada PRK Tanjung Piai dan mula minta nyawa pada kami.
“Siapa yang rakus untuk kekalkan kuasa sehingga hentikan parlimen selama tujuh bulan dan selepas dipaksa bersambung, dia tak benarkan ordinan darurat dibentang sehingga terpaksa menipu YDP Agong?” soalnya lagi.
Menurut Najib, Muhyiddin berkata, jalan paling mudah untuk dia kekalkan kuasa ialah dia bersuhabat dengan “kleptokrat” tetapi dia tidak akan buat begitu.“
Tapi dia lupa bahawa “kleptokrat” juga yang dia minta nyawa dan naikkan dia jadi PM pada tahun lalu.
“Dia kata dia dipecat sebagai Timbalan PM oleh saya sebab 1MDB. Tidak dia dipecat sebagai TPM sebab dia berkomplot dengan Mahathir dan Mukhriz sejak tahun 2014 untuk tumbangkan saya sebagai presiden UMNO dan PM – jauh sebelum isu 1MDB.
“Okay. Kamu fitnah bahawa kamu khianat saya sebab 1MDB.
Adakah 1MDB sebab utama kamu khianat Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) untuk naik ke Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri?
“Adakah 1MDB sebab utama khianat Mahathir untuk naik ke Presiden dan Perdana Menteri? Sampai sekarang dia tak nak mengaku bahawa sebab utama dia perlu undur ialah rekod dia amat teruk sekali. Kegagalan world-class,” dakwa Najib.- MalaysiaGazette
0 comments:
Catat Ulasan