Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berjaya membalas d3ndam kekalahan lalu apabila berjaya menumpaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam ini.
Bagaimanapun skuad Penyu masih kekal menghuni ditangga kedua dengan mengumpul 37 mata hasil 19 perlawanan manakala KDA FC tempat keempat dengan 32 mata hasil 16 perlawanan.
Pada perlawanan itu, skuad Penyu yang hanya menurunkan empat tonggak import bermula garang dengan percubaan pertama menerusi rembatan pemain import, Makan Konate pada minit keempat yang berjaya ditangkap kemas penjaga gol, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim.
Sepanjang babak pertama, permainan jelas dikuasai skuad kendalian Nafuzi Zain apabila memperolehi peluang keemasan kedua pada minit ke-25 menerusi r3mbatan pemain sayap, Faiz Nasir, namun gagal memecah kebuntuan gol.
Seminit berselang, bekas pemain kebangsaan itu sekali lagi berpeluang untuk mencetak nama sebagai penjaring, tapi rembatan lemahnya dalam kotak penalti terus ke dakapan Ifwat biarpun hanya berdepan dengan penjaga gol itu.
Sepanjang 45 minit pertama, gandingan striker skuad Lang Merah, Kipre Tchetche dan Kpah Sherman gagal melakukan percubaan tepat kerana berjaya dihalang pertahanan yang diketuai Muhamad Mohd Fauzi.
Bagaimanapun pada masa kec3deraan babak pertama, skuad pelawat akhirnya berjaya memecah kebuntuan gol apabila pemain kelahiran Lebanon, Rabih Ataya berjaya mencetak gol peribadi pertamanya musim ini apabila bijak memanfaatkan peluang hasil hantaran Mohd Syazwan Zainon.
Bersambung babak kedua, pelawat tidak menunggu lama untuk menambah jaringan kedua apabila hantaran bekas pemain import TFC, Tchetche dari sebelah kiri pintu gol tuan rumah berjaya disudahkan Syazwan pada minit ke-50 untuk pasukannya mendahului 2-0
Striker kelahiran Brazil, David Da Silva hampir berjaya merapatkan kedudukan menerusi tandukan tajam pada minit ke-57 hasil hantaran silang Faisal Halim tapi sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol.
Usaha berterusan skuad Penyu akhirnya membuahkan hasil apabila sepakan percuma dari jarak 25 meter yang diambil Da Silva terbias pertahanan pelawat sebelum menerjah jaring pada minit ke-69 untuk merapatkan kedudukan 2-1.
Jaringan itu ternyata menyuntik semangat pemain skuad Penyu untuk membvru gol penyamaan dengan menggandakan asakan, namun kekentalan benteng pelawat mengagalkan usaha berkenaan.
Pada minit ke-87, Da Silva hampir mencetak nama sebagai penjaring gol kedua tapi bola tolakan pemain itu berjaya dihalang pertahanan pelawat, Renan Alves sekali gus terselamat pintu gol pelawat.
Kedudukan 2-1 itu kekal hingga tamat perlawanan dengan Lang Merah berjaya terbang tinggi manakala Sang Penyu menangis di laman sendiri.
Pada aksi pusingan pertama di Stadium Darul Aman, skuad Penyu berjaya merakam kemenangan 2-1.
-padunetwork.com
0 comments:
Catat Ulasan