Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak terpaksa menerima hakikat bahawa skuadnya belum berada pada prestasi terbaik sebaik memulakan kembali saingan Liga Super apabila dikecewakan Selangor FC dengan keputusan 2-4 di Stadium Darul Aman semalam.
Pengendali dari Singapura itu berkata, perlawanan pertama selepas tidak beraksi lebih tiga bulan memang sukar buat mereka, tambahan pula tanpa perlawanan yang berintensiti tinggi.
Saya sudah jangkakan keadaan sebegini boleh berlaku dan kami tahu pemain mengalami sedikit penurunan tempo kecergasan, tambahan pula kami dikuarant!n lebih 10 hari tanpa latihan sebelum perlawanan ini.
Malahan pemain yang pulang beraksi dengan pasukan negara masing-masing sebelum ini seperti Rabih Ataya, Kpah Sherman, M Anumanthan dan Rizal Ghazali juga lebih awal menjalani kuarantin masing-masing menjadikan tempoh 28 hari dalam kuarant!n secara keseluruhan.
“Namun itu bukan alasan diatas kekalahan malam ini (semalam), kami harus terima dan bangkit untuk prestasi yang lebih baik selepas ini,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.
Aidil juga mengakui agak sukar untuk skuadnya yang terpaksa bangkit beraksi dengan hanya 10 pemain di babak kedua selepas Renan Alves dilayangkan kad merah.
Sudah tentu apabila kita memiliki 11 pemain kita dapat beraksi dengan baik dengan mendahului perlawanan tetapi dengan kekurangan seorang pemain pertahanan, bukan satu yang mudah namun kita tetap bangkit untuk mendapatkan gol sebelum babak pertama.
Babak kedua kita boleh lihat tahap intensiti memihak Selangor yang beraksi lebih empat perlawanan berbanding kami yang tidak beraksi dalam perlawanan sejak men3ntang Sabah pada Mei lalu.
“Bagaimanapun secara keseluruhan saya masih berpuas hati dengan usaha yang ditunjukkan pemain kerana walaupun tewas, tetapi mereka beri usaha 100 peratus dalam perlawanan ini termasuk sumbangan M Anumanthan yang menjaringkan gol pertamanya pada musim ini,” katanya.
Berkaitan insid3n kad merah yang dilayangkan kepada pemain pertahanan, Renan Alves kerana menampan bola dengan tangan, Aidil berkata pihaknya akan melihat semula video berkenaan secara lebih jelas selepas ini.
“Saya akan melihat semula insid3n kad merah yang dikenakan kepada Renan Alves melalui video selepas ini kerana tidak melihat secara jelas dari sudut kedudukan saya, dan jika insid3n itu jelas dengan keputusan dibuat oleh pengadil, kita perlu menerimanya dan terus lihat ke depan,” katanya.
-padunetwork.com
0 comments:
Catat Ulasan