KUALA LUMPUR – Pimpinan utama Pakatan Harapan (PH) dikhabarkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok.
Sumber memberitahu, kepimpinan gabungan itu telah mendapat perkenan untuk berbuat demikian.
Esok pemimpin PH akan masuk Istana Negara bagi mengadap Yang Di-pertuan Agong,"katanya ringkas kepada Malaysia Gazette.
Difahamkan pertemuan itu akan dibuat pada sebelah petang.
Antara yang dipanggil adalah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah).
Ia bagi menjawab laporan Free Malaysia Today bahawa beberapa pemimpin PH diminta untuk bersiap sedia menghadap Yang di-Pertuan Agong.Laporan itu berkata tujuan Yang di-Pertuan Agong memanggil mereka adalah bagi mendapatkan pandangan mereka berhubung siapa yang patut menerajui kerajaan baharu.
Ia susulan perletakan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menandakan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah runtuh.
Dalam pada itu, beberapa pemimpin parti lain juga akan turut mengadakan sesi menghadap Agong esok antaranya UMNO, Pas dan Pejuang. – MalaysiaGazette
0 comments:
Catat Ulasan