Orang ramai beratur bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di sebuah stesen kereta api di Duque de Caxias, Brazil, 11 Ogos 2021. (Foto AP)
PERTUBUHAN Kesihatan Pan Amerika (PAHO) pada Rabu memberi amaran peningkatan krisis kesihatan mental di seluruh Amerika susulan pandemik COVID-19.
Pengarahnya Dr Carissa F Etienne menjelaskan pada Rabu, sekiranya krisis ini tidak ditangani, ia bakal membawa padah.
"Hari ini kita berdepan krisis kesihatan mental yang sekiranya tidak dibincangkan, ia bakal memberi kesan mendalam.
"Ia bukan hanya akan memburukkan lagi beban kesihatan mental di wilayah ini tetapi juga memberikan kesan jangka panjang terhadap impak pandemik.
"Sementara banyak negara memberi fokus terhadap kesihatan mental dan sudah memberikan sokongan menerusi perancangan pengurusan COVID-19, ada beberapa negara sudah mengeluarkan dana atau mula bertindak mengikut perancangan mereka," katanya pada sidang media mingguan di Washington DC.
Jelasnya lagi, 15 peratus anak muda mengalami kemurungan ketika pada masa sama 90 peratus wilayah di Amerika terkesan dengan pengurusan kesihatan mental.
Ia turut menyebabkan kaedah rawatan sukar diberikan.
-Astro Awani
0 comments:
Catat Ulasan