Khamis, 19 Ogos 2021

Tiga maut kejadian kepala air, tanah runtuh di Kedah

 

Seorang mangsa meninggal dunia dalam kejadian kepala air di pusat peranginan Titi Hayun, Yan pada semalam.

YAN – Seramai tiga mangsa terkorban dan tiga lagi masih hilang dalam kejadian kepala air dan tanah runtuh di Gunung Jerai dan kawasan sekitarnya dalam kejadian pada petang semalam.

Dua mangsa maut akibat dihanyutkan kepala air di Kampung Setol dan pusat peranginan Titi Hayun di sini manakala seorang lagi meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di laluan menghala puncak Gunung Jerai.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor memberitahu, mayat mangsa di Titi Hayun telah diturunkan lewat malam tadi.

“Seorang mangsa yang cedera juga berjaya dibawa turun manakala tiga lagi yang masih hilang sedang dikesan pasukan penyelamat,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di laluan ke Gunung Jerai dikenal pasti sebagai Shahruzi Mohamad, 53. – K! ONLINE

0 comments:

Catat Ulasan