Ahad, 22 Ogos 2021

Taliban salahkan AS punca huru-hara di Kabul

Seorang lelaki menolak warga emas yang tiba di sempadan Pakistan-Afghanistan di Chaman. - FOTO AFP
Seorang lelaki menolak warga emas yang tiba di sempadan Pakistan-Afghanistan di Chaman. - FOTO AFP

Kabul: Taliban menyalahkan Amerika Syarikat (AS) atas kejadian huru-hara yang berlaku di lapangan terbang Kabul.

AS memberi amaran ancaman keselamatan di Kabul dan Kesatuan Eropah (EU) mengakui bahawa adalah 'mustahil' untuk membawa keluar semua orang yang mahu melarikan diri dari Taliban.

Namun, warga Afghanistan yang ketakutan meneruskan usaha melarikan diri sehingga berlaku tragedi di lapangan terbang berkenaan.

 "AS dengan segala kuasa dan kemudahan yang dimiliki, gagal mengawal keadaan di lapangan terbang. Keadaan aman dan tenang di seluruh negara, kecuali di lapangan terbang Kabul," kata pegawai Taliban, Amir Khan Mutaqi.

Kementerian Pertahanan Britain berkata, seramai tujuh individu meninggal dunia dalam kekecohan itu, namun tidak memberikan sebarang maklumat terperinci.

Seorang wartawan bernasib baik berjaya mendapat tempat dalam penerbangan keluar dari Kabul dan menjelaskan bahawa orang awam berada dalam keadaan terdesak.

"Mereka menunjukkan pasport dan menjerit 'bawa kami bersama kamu, tolong bawa kami'.

"Pejuang Taliban yang berada dalam trak di hadapan kami melepaskan tembakan ke udara untuk mengusir mereka," kata wartawan itu.

-myMetro

0 comments:

Catat Ulasan