Selasa, 31 Ogos 2021

Nam Ron terkilan bakat isteri seolah-olah tak dihargai

 Nam Ron dan June bersama trofi masing-masing di FFM29 lalu.

Nam Ron dan June bersama trofi masing-masing di FFM29 lalu.

Kuala Lumpur: Walaupun pernah dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Tenggara 2016 dan memenangi Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) pada 2017, tetapi bakat pelakon June Lojong seolah-olah tidak dihargai sebahagian besar peminat filem tanah air.

Suaminya yang pelakon dan pengarah berkaliber tanah air, Nam Ron, 52, agak terkilan dengan sikap masyarakat yang tidak mengendahkan bakat besar isterinya itu.

Bila isteri saya disenaraikan sebagai salah seorang pelakon wanita terbaik di Asia Tenggara. Saya bangga tapi turut sedih kerana bakatnya tidaklah begitu dihargai di negara sendiri," katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurut Nam Ron, jika tiada sesiapa menghargai bakat isterinya, biarlah dia menghargainya sampai bila-bila.

Dalam Festival Filem Asia Tenggara 2016, June satu-satunya wakil Malaysia yang dicalonkan menerusi filem Redha / Beautiful Pain.

Turut dicalonkan dalam kategori itu ialah bintang filem legenda Indonesia, Christine Hakim, Cut Mini dan pelakon Filipina, Jaclyn Rose, Nora Aunor dan Hashime Kilip.

Di FFM29, pasangan suami isteri ini turut membuat kejutan apabila Nam Ron memenangi Pelakon Lelaki Terbaik dan June menang Pelakon Wanita Harapan menerusi filem yang sama.

Dalam filem Redha / Beautiful Pain, mereka berlakon sebagai pasangan suami isteri yang berjuang membesarkan anak autisme.

June adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Teater dari Universiti Malaya.

-myMetro

0 comments:

Catat Ulasan