Selain Anwar dan Shafie, nama Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tetap disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri dari Perikatan Nasional. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan Perdana Menteri, siapa yang akan mengisi jawatan tersebut dan membentuk kerajaan terus menjadi tanda tanya.
Antara nama yang disebut-sebut, Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, calon alternatif dari gabungan pembangkang selain Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Difahamkan satu persetujuan telah dicapai untuk gabungan pembangkang bergerak dengan sokongan 105 Ahli Parlimen dan berusaha mendapat sokongan bagi membentuk kerajaan.
"Anwar dan Shafie perlu berusaha memastikan siapa yang lebih dahulu dapat majoriti mudah, dia yang akan jadi Perdana Menteri," kata sumber tersebut.
Namun, satu sumber lain memaklumkan, cadangan tersebut tidak dipersetujui Anwar dan ketua pembangkang itu tetap dengan pendirian hanya beliau untuk jawatan perdana menteri.
"Anwar tidak setuju dengan formula tersebut dan menganggap ia usaha untuk memecah belah pembangkang oleh individu tertentu," kata satu sumber lain.
Selain, Anwar dan Shafie, nama Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tetap disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri dari Perikatan Nasional.
Biarpun usaha Ismail Sabri mengumpul sokongan dalam bentuk akuan bersumpah (SD) pada Ahad menemui jalan buntu, namun beliau mungkin kembali berpeluang selepas ahli-ahli parlimen UMNO menyedari jika sokongan tidak diberikan, parti itu akan kembali menjadi pembangkang, tambah sumber itu lagi.
-AstroAwani
0 comments:
Catat Ulasan