e-Pengambilan PDRM 2021: Permohonan Jawatan Polis DiRaja Malaysia
Jawatan, Syarat Kelayakan & Tarikh Permohonan e-Pengambilan PDRM 2021 Terkini
Permohonan untuk pengambilan baharu PDRM bagi jawatan Konstabel Polis Gred Ya1 (Lelaki Sahaja) dibuka dari 2 Ogos hingga 15 Ogos 2021.
Sila rujuk Syarat Permohonan seperti di bawah:
NOTA: Permohonan bagi jawatan lain akan dimaklumkan sekiranya terdapat kekosongan dalam masa terdekat.
Cara Permohonan Online Melalui e-Pengambilan PDRM
ePengambilan PDRM ialah Sebuah portal rasmi Polis Diraja Malaysia yang mengendalikan urusan pengambilan dan permohonan jawatan polis yang ditawarkan secara sistematik.
Melalui laman web ini juga, pemohon boleh membuat semakan status panggilan pada tarikh yang dimaklumkan dengan cepat dan mudah.
Berikut dikongsikan cara membuat permohonan online bagi jawatan Polis menerusi laman web https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my.
Cara Mendaftar
Untuk mendaftar, sila rujuk langkah berikut:
- Klik pada butang untuk membuat pendaftaran.
- Isikan maklumat pengguna dan klik pada butang Serah.
- Tunggu dan semak e-mel anda untuk mengaktifkan akaun.
- Sekiranya tiada e-mel diterima, buka semula laman e-Pengambilan klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID] untuk tujuan pengaktifan akaun.
- Sekiranya anda lupa Kata Laluan, klik pada pautan [Lupa Kata Laluan].
- Sekiranya tiada e-mel diterima untuk Kata Laluan baru, klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pemulihan Kata Laluan].
Semakan Jawatan
- Klik pada tab Skim Jawatan untuk menyemak syarat-syarat
kelayakan memohon. - Sekiranya anda berminat, klik pada tab Iklan untuk menyemak
- Jawatan yang di buka untuk pendaftaran.
- Dalam tab Iklan, warna hijau adalah Jawatan yang di buka untuk pendaftaran, warna merah adalah jawatan yang belum dibuka.
- Klik pada ikon tersebut untuk keterangan.
Log Masuk e-Pengambilan PDRM & Cara Mengisi Borang
- Isikan ID Pengguna dan Kata Laluan dan Klik pada butang Log
Masuk. - Klik pada menu Maklumat Peribadi, maklumat data peribadi dengan * adalah input wajib. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
- Dalam tab Keluarga, maklumat ibu-bapa adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
- Dalam tab Akademik, maklumat SPM dan PT3/PMR adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
- Dalam tab Ko-Kurikulum, sekurang-kurangnya satu Ko-Kurikulum adalah wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
Permohonan Polis Melalui e-Pengambilan PDRM
- Klik pada menu Permohonan Polis > Permohanan Baru.
- Sila pastikan maklumat peribadi, keluarga, akademik dan ko-kurikulum adalah betul sebelum kelangkah seterusnya.
- Dalam tab Permohonan Jawatan, sila pilih jawatan yang ditawarkan.
- Klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
- Dalam tab Pengakuan, sila pastikan anda memilih setiap pengakuan pemohon.
- Dalam tab Pengesahan, sekiranya borang dihantar, pemohon tidak boleh dikemaskini. Oleh itu, anda perlu memastikan semua maklumat adalah lengkap dan tepat.
- Klik pada butang Hantar Borang untuk hantar permohonan.
Semak Status Permohonan e-Pengambilan PDRM
Jika anda ingin menyemak status permohonan, klik pada menu Semak Status Permohonan.
- Masukkan No.KP Baru dan klik pada butang Semak.
- Status Pengambilan akan dipaparkan.
- Sila cetak surat panggilan tersebut.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan iklan jawatan terkini, sila rujuk laman web rasmi Polis Diraja Malaysia https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/
Credit:central.my
0 comments:
Catat Ulasan