Isnin, 2 Ogos 2021

Ahli Parlimen Pembangkang cuba berarak dari Dataran Merdeka ke Parlimen namun gagal,dihalang FRU

 

Ahli Parlimen Pembangkang berarak ke Parlimen

Ahli-ahli Parlimen Pembangkang berarak dari Dataran Merdeka ke Bangunan Parlimen tadi.

Ahli-ahli Parlimen Pembangkang berarak dari Dataran Merdeka ke Bangunan Parlimen setelah mereka tidak dibenarkan memasuki bangunan tersebut ekoran penangguhan Sidang Khas Dewan Rakyat.

Antara yang dilihat menyertai perarakan itu termasuklah Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Ahi Parlimen Port Dickson; Ahli Parlimen Iskandar Putera, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Turut menyertai perarakan tersebut ialah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Kota Raja, Mohammad Sabu.

Penangguhan Sidang Khas Dewan Rakyat tersebut dibuat setelah mendapat nasihat daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah ekoran penularan wabak Covid-19 di Bangunan Parlimen.

Perarakan Ahli Parlimen pembangkang bersurai

Anwar (dua dari kiri) antara Ahli Parlimen yang menyertai perarakan itu

Usaha Ahli-ahli Parlimen pembangkang untuk memasuki Bangunan Parlimen gagal setelah mereka bersurai ekoran dihalang sekatan dibuat Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) hari ini.

Biarpun rundingan dibuat bagi membolehkan mereka melepasi sekatan itu namun ia tidak membuahkan hasil.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka bersurai secara aman bagi menghormati peraturan negara. – K! ONLINE

0 comments:

Catat Ulasan