Program eStart merupakan sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan serta bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.
Menerusi program ini, kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bantuan e-Wallet sebanyak RM150 secara one-off kepada pemohon yang layak.
BELIA berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi bakal menerima kredit RM150 secara one-off dalam akaun e-dompet masing-masing menerusi program e-Start, sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai.
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata program itu akan memanfaatkan lebih 2 juta belia dengan peruntukan bernilai RM300 juta.
Bajet 2022 kali ini memfokuskan kepada 3 fokus induk iaitu rakyat yang sejahtera, perniagaan yang berdaya tahan dan ekonomi yang makmur dan mampan
Bajet yang bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” yang memberi tumpuan khusus dalam memulihkan sektor terjejas, meningkatkan tumpuan sistem kesihatan awam serta skop pelindungan sosial dan merancakkan ekonomi digital dalam usaha mengukuhkan daya saing negara dalam menghadapi norma baharu global.
Bajet 2022 ini amat penting bagi #KeluargaMalaysia mencapai agenda pemulihan yang akan membawa kita keluar dari pandemik ini.
Bajet yang telah dirangka secara inklusif ini juga akan memastikan kesejahteraan, kelangsungan perniagaan dan juga pemulihan ekonomi kita semua.
Semoga dengan pengumuman bantuan ewallet belia RM150 ini dapat meringankan Keluarga Malaysia khususnya kepada warga belia.
SOALAN LAZIM
Apakah itu Program eStart?
Salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2022 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.
Berapakah jumlah bantuan yang disediakan?
Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai.
Siapa yang layak memohon?
Berikut adalah syarat kelayakan untuk permohonan:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 hingga 20 tahun.
- Pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
Cara Daftar Di Aplikasi TNG, Boost, Big Pay, ShopeePay
- Cara Daftar Touch n Go eWallet:
Muat turun aplikasi Touch n Go eWallet melalui:
- Google Playstore : KLIK SINI
- Apple App Store : KLIK SINI
- Hanya SATU (1) ID sah (Mykad / Tentera / Pasport) untuk SATU(1) akaun TNG eWallet.
- Setiap akaun hanya dibenarkan didaftarkan kepada SATU (1) nombor mudah alih yang unik.
- Isikan maklumat dan butiran diri pemohon dengan lengkap.
- Pemohon akan menerima kod pengesahan untuk verifikasi.
- Setelah berdaftar, pemohon boleh menggunakan TNG eWallet dan menebus kredit percuma eBelia RM150.
2. Cara Daftar Boost:
- Pemohon perlu memuat turun aplikasi Boost di telefon pintar.
- Naik taraf (upgrade) kepada Boost Premium bagi yang sudah mempunyai akaun Boost.
- Sahkan atau verify akaun Boost pemohon.
- Pastikan nombor kad pengenalan yang digunakan adalah kad pengenalan betul.
- Klik “Get ready to claim eBelia” dan ikut arahan yang diberikan jika program itu sudah dimulakan.
3. Cara Daftar BigPay:
- Pergi ke laman https://www.bigpayme.com/ebelia
- Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Pergi ke menu Payment dan tekan ikon eBeli.
- Klik APPLY NOW dan pemohon akan diarahkan ke laman web eBelia.
- Masukkan semua maklumat diri dengan lengkap untuk proses verifikasi.
- Sebaik sahaja akaun disahkan, BigPay eWallet akan menghantar notifikasi dan kreditkan e-tunai RM150 jika program ini sudah dimulakan.
4. Cara Daftar ShopeePay:
- Pemohon perlu memuat turun aplikasi Shopee di telefon bimbit.
- Aktifkan ShopeePay bagi yang sudah mempunyai akaun Shopee.
- Buka aplikasi Shopee dan pergi ke ikon ShopeePay di homepage Shopee.
- Masukkan butiran peribadi seperti nama dan nombor kad pengenalan.
- Masukkan nombor PIN (perlu diingat) untuk pengesahan.
- Pemohon boleh membuat pembayaran menggunakan ShopeePay sebaik sahaja ia diaktifkan dan ditambah nilai.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Maklumat lanjut tentang pembentangan bajet 2022 boleh dilayari di laman web Kementerian Kewangan Malaysia di pautan berikut:
-malaysiasemasa.com
Tuntutan bantuan ebelia ewalit mohd Faizal bin asmawati
BalasPadamShzarina binti asmawati
BalasPadamTuntutan bantuan ebelia ewalit mohd Faizal bin asmawati menuntut tahulah sarena binti nasil
BalasPadam