Selepas lebih seminggu menyepi daripada media sosial, semalam pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memuat naik perkongsian di Instagram.
Memuat naik video berada di pasar raya miliknya, Elewsmart, pendakwah itu hanya menulis kapsyen ringkas,’Segala puji bagi Allah’.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa syukur melihat pendakwah itu kembali aktif di media sosial. Tidak kurang juga, ramai mengatakan rindu untuk melihat perkongsian dan misi kebajikan pendakwah berkenaan.
Terdahulu, pada 20 Ogos lalu siasatan ke atas Ebit Lew dilakukan berikutan aduan diterima daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual
-rotikaya.com
0 comments:
Catat Ulasan