Isnin, 2 Ogos 2021

MT Umno mesyuarat isu politik esok

 GAMBAR fail, Ahmad. FOTO Arkib NSTP

GAMBAR fail, Ahmad. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Umno akan mengadakan mesyuarat khas Majlis Tertinggi secara dalam talian esok bagi membincangkan mengenai isu politik terkini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook rasminya hari ini, Ahmad memaklumkan mesyuarat dijadual berlangsung pada 4 petang.

"Tentunya mesyuarat tergempar ini (adalah) untuk membincangkan isu politik terkini.

"Antaranya hal kenyataan media Istana Negara, warkah Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) dan juga isu darurat, ordinannya serta penangguhan sidang Parlimen," katanya.

Sabtu lalu Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin dalam kenyataan memaklumkan bahawa Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 pada Isnin ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.-myMetro

0 comments:

Catat Ulasan