Khamis, 14 Oktober 2021

“Fakir kak, bukan kafir…” – [VIDEO] ‘Typo’ Pada Kotak Peminta Sedekah Ini Buat Ramai Serba Salah


 Selalunya masa korang tengah makan dekat warung atau mamak, pernah tak jumpa dengan peminta sedekah yang datang meja ke meja? Biasanya diorang akan bawa tisu atau kotak untuk orang ramai memberikan sumbangan kepada mereka.


Menariknya di Indonesia, ayat yang dicetak pada kotak sedekah ini telah menarik perhatian orang ramai.  Menerusi akaun Tiktok @evamandasarilubis4, wanita peminta sedekah ini membawa sebuah kotak sedekah bertulis “Sumbangan Kafir Miskin”, di mana sangat jelas yang ia merupakan typo.

Namun, video ini masih menarik perhatian netizen kerana perkataan ‘fakir’ dan ‘kafir’ membawa dua konteks yang sangat berbeza, di mana fakir bermaksud orang yang kurang pendapatan atau miskin, manakala kafir pula biasanya merujuk kepada orang bukan islam.

Bukan itu saja, ia bertentangan dengan pemakaian wanita tersebut yang lengkap bertudung dan menutup aurat. Bukan itu saja, ia juga ‘lari tema’ daripada perkataan basmalah yang diletak pada bahagian atas kotak tersebut.

Video berdurasi 12 saat ini turut memaparkan dua orang pemuda tidak menghiraukan peminta sedekah tersebut, namun typo pada kotak tersebut menjadikan klip itu tular hingga mencapai lebih 300 ribu like di laman Tiktok.

Rata-rata komen netizen terhibur dengan video tersebut seperti yang dilihat di bahagian komen. Ada yang menegur kesalahan ejaan wanita tersebut, ada juga menyifatkan ia dark joke. Ada juga netizen yang berasa serba salah untuk hulurkan sedekah atau tidak. 


Adoi… lari sangat typo tu kak. Kalau korang pula, korang akan bagi duit atau tak?

-lobakmerah.com

Related Posts:

  • Keunikan Pulau Socotra,Yaman Socotra, Yaman, adalah pulau terbesar di dunia Arab, dan kepulauan itu termasuk tiga pulau kecil lain.Keluasan Socotra adalah 3,800 km² (enam kali luas Bahrain) dan didiami kira-kira 100,000 orang.Walaupun ia adalah pul… Read More
  • Datuk 80 tahun kahwini anak dara 18 tahun Tangkap layar menunjukkan pasangan pengantin itu mengenakan pakaian berwarna putih semasa acara akad nikah. - TikTok @muzaha.ibhJAKARTA – Seorang warga emas berusia 80 tahun melangsungkan perkahwinan dengan gadis berumu… Read More
  • Subhanallah: Bengkung kain Mat Kilau tidak terbakar! Tangkap layar satu ujian yang dilakukan Amin menunjukkan kain bekung milik Mat Kilau tidak terbakar.PETALING JAYA – Sejarah serta bukti tentang kehebatan pendekar Melayu selama ini sememangnya tidak boleh disangkal lagi… Read More
  • Sakit perut bongkar remaja OKU dirogol bapa GAMBAR hiasanDungun: Hancur hati seorang isteri selepas anak perempuannya yang berusia 13 tahun melahirkan seorang bayi dipercayai hasil perbuatan terkutuk suaminya dalam kejadian di daerah ini, semalam.-ADVERTISEMENT-A… Read More
  • "Orang Amish: Golongan Kristian Yang Menjauhkan Diri Dari Teknologi." "Orang Amish: Golongan Kristian Yang Menjauhkan Diri Dari Teknologi."Di Amerika Syarikat, ada satu golongan ini terkenal dengan pengasingan diri dari sebarang teknologi. Mereka juga hidup sebagai penganut Kristian, hany… Read More

0 comments:

Catat Ulasan