Rabu, 4 Ogos 2021

Tauke JAMBU nafi 'bapa ayam' yang ditahan

 Tauke Jambu

Tauke Jambu

Kuala Lumpur: Pelawak Tauke menafikan dirinya adalah individu yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pada Ahad lalu.

Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria menegaskan, dia tiada kaitan dengan penangkapan yang dibuat. 

"Saya tidak terbabit dalam apa-apa kegiatan seperti itu. Gilalah siapa yang petik nama saya itu. 

"Saya ada saja di rumah di Bukit Jalil ini. Saya berada dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan. 

"Biarlah apa orang nak cakap, tapi tak eloklah kaitkan saya dengan isu sedemikian," katanya kepada Harian Metro. 

Menurut Tauke, biarpun namanya antara yang 'dipetik' netizen namun dia tidak marah sebaliknya menganggap ia sesuatu yang lucu. 

"Rasa kelakar pula bila nama saya dikaitkan dalam perkara ini. 

"Saya tiada hak untuk menutup mulut orang. Masing-masing ada hak bersuara. Kalau Agong pun orang boleh pertikaikan, apatah lagi saya ini. 

"Jangan risau saya berada dalam keadaan yang baik disamping isteri saya sekarang ini," katanya. 

Sementara itu, isterinya, Nadia Mohd Affandi turut menafikan suaminya mempunyai kaitan dengan jenayah terbabit, sebaliknya berada disisinya ketika ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang pelawak terkenal ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Ahad lalu.

Dalam serbuan pada jam10 pagi itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang untuk tujuan eksploitasi seks.

Sejak berita itu disiarkan, nama Tauke antara individu yang disebut-sebut warganet. -myMetro

0 comments:

Catat Ulasan