Kehidupan berpoligami perlu diuruskan dengan bijak dan adil oleh si suami dalam pelbagai aspek terutamanya dari segi layanan kasih sayang serta nafkah terhadap kesemua isterinya.
Ini kerana, setiap isteri berhak mendapatkan hak mereka masing-masing dari suami walaupun mempunyai madu.
Seperti perkongsian seorang pengguna di TikTok, Dyla Zahid menceritakan kisah kehidupannya bersama suami serta tiga orang madu yang lain.
Menerusi klip video yang dimuat naik, suaminya dikatakan akan bergilir-gilir pulang ke rumah isteri-isterinya setiap dua minggu.
“Macam ini la kalau hidup bermadu.
“Suami sorang kena gilir setiap dua minggu pergi rumah seorang isteri,” katanya.
Menurut Dyla, apabila tiba gilirannya untuk bersama suami, dia perlu mengambil suaminya dari rumah madunya untuk dibawa pulang.
Tindakan berkenaan perlu juga dilakukan oleh madunya yang lain selepas dua minggu berikutnya.
“Setiap giliran isteri kena datang ambil sendiri suami. Setiap isteri suami dah belikan kereta seorang satu,” ujarnya.
0 comments:
Catat Ulasan