Jumaat, 6 Ogos 2021

Covid19: Siti Sarah selamat lahirkan bayi secara pembedahan tetapi keadaan kritikal

 Siti Sarah bersama keluarganya.

Siti Sarah bersama keluarganya.

Kuala Lumpur: Penyanyi Siti Sarah yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Sebelumnya, penyanyi lagu Kesetiaan yang hamil lapan bulan itu terpaksa melalui proses pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan selepas tahap oksigen menurun sejak pagi, hari ini.

Suaminya juga pelawak Shuib berkata, Siti Sarah selamat melahirkan anak lelaki, jam 5 petang, hari ini.

Bagaimanapun, menurut Shuib isterinya berada dalam keadaan kritikal.

"Alhamudillah, jam 4 lebih bayi berjaya dikeluarkan dan keadaan bayi alhamdulillah baik tapi perlukan alat bantuan pernafasan kerana lahir pra matang. Cuma, keadaan Sarah agak kritikal.

"Saya sekeluarga mohon semua teruskan doa untuk Siti Sarah. Juga kita doakan semoga sesiapa saja yang sedang bertarung nyawa dengan Covid-19 dipermudahkan urusan," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Siti Sarah ditidurkan selepad dia dimasukkan ke ICU HUKM akibat tahap oksigen tidak stabil.-myMetro

0 comments:

Catat Ulasan