Khamis, 18 November 2021

Semakin berseri Neelofa dalam keadaan hamil

 

Semakin berseri Neelofa dalam keadaan hamil

Pelakon dan pengacara popular, Neelofa telah mencuri perhatian warganet selepas kini kelihatan jelas ‘baby bump’ sewaktu menghadiri majlis sebuah jenama fesyen antarabangsa terkenal, Dior, semalam.

Menerusi entri Instagram, adiknya yang juga personaliti media sosial, Ameera Khan ada memuat naik beberapa gambar figura itu yang dikatakan telah berbadan dua, malah seolah-olah menguatkan lagi tanda tanya orang ramai mengenai kehamilan tersebut.

Sementara itu, bekas pengacara rancangan MeleTOP itu juga telah menerima pelbagai reaksi warganet setelah memuat naik satu gambar, di majlis yang sama.

Rata-rata peminatnya meluahkan rasa teruja selain mendoakan yang terbaik buat usahawan terkenal itu.

“Memang Neelofa hamil kerana sudah melihat video yang jelas di TikTok. Semoga dipermudahkan Neelofa bersalin,” komen seorang individu.

“Semakin berseri-seri lah bakal Mommy ini,” komen juga seorang individu.

“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan Lofa,” komen lagi seorang peminatnya.

Walaupun sebelum ini desas desus kehamilannya masih menjadi teka-teki, namun Neelofa masih mengambil pendekatan untuk tidak memberikan pengesahan mengenai perkara tersebut.

Sekadar informasi, Neelofa dan suami tercintanya yang juga pendakwah bebas, Haris Ismail selamat diijab kabulkan pada tanggal 27 Mac lalu, di sebuah hotel terkemuka di ibu kota. Utusan

Semakin berseri Neelofa dalam keadaan hamil

-mykmu.net

Related Posts:

  • [VIDEO] Hamil? Ini jawapan Neelofa… NEELOFA buat pertama membuka mulut kepada wartawan berhubung desas-desus kehamilannya.KUALA LUMPUR – “Perkara ini (pengakuan tentang kehamilan) sensitif bagi sesetengah orang. Semua ada alasan tersendiri. Kalau betul, I… Read More
  • Neelofa ditemui selamat selepas 10 jam hilangNeelofa Entira ditemui selamat selepas dilaporkan hilang selama 10 jam dari sekolahnya - Foto IHSAN JBPMKUCHING: Murid Tahun Lima yang dilaporkan 'ghaib' ketika menunggu untuk bersarapan di Sekolah Kebangsaan (SK) Engkudu, Sa… Read More
  • Semakin berseri Neelofa dalam keadaan hamil Semakin berseri Neelofa dalam keadaan hamilPelakon dan pengacara popular, Neelofa telah mencuri perhatian warganet selepas kini kelihatan jelas ‘baby bump’ sewaktu menghadiri majlis sebuah jenama fesyen antarabangsa ter… Read More

0 comments:

Catat Ulasan