Isnin, 8 November 2021

PRN Melaka:Enam penjuru di Asahan

 Idris Haron (kanan) dan Fairul Nizam Roslan (dua kiri) bersama empat calon lain di DUN Asahan selepas sesi penamaan calon di Dewan Besar Kolej Komuniti Selandar. NSTP/NAZRI ABU BAKAR

Idris Haron (kanan) dan Fairul Nizam Roslan (dua kiri) bersama empat calon lain di DUN Asahan selepas sesi penamaan calon di Dewan Besar Kolej Komuniti Selandar. NSTP/NAZRI ABU BAKAR

JASIN: Pesara tentera yang juga bekas Ketua Penerangan BERSATU Alor Gajah, Mohd Akhir Ayob, 50, antara pencabar bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November depan.

Pada penamaan calon di Dewan Besar Kolej Komuniti Selandar itu, turut diumum mencabar Idris ialah Ketua Pemuda UMNO Melaka, Fairul Nizam Roslan, 43, dan Danesh Basil, 29, (PN-GERAKAN).

Lebih menarik, dua lagi calon Bebas turut bertanding iaitu Azmar Ab Hamid, 49, dengan logo kunci dan Mohd Noor Salleh, 43 (Bebas) berlogo pokok.

Pengumuman calon diumumkan Pegawai Pengurus SPR DUN Asahan, Luqman Nulhakim Mohamad Idris, pada jam 10.50 pagi.

Mohd Akhir dengan logo Buku yang juga anak jati Batang Melaka berkata, beliau mengambil keputusan bertanding kerana menjiwai kesusahan rakyat.

Justeru, katanya, beliau bertekad untuk bertanding walaupun sukar membuat keputusan awal.

Katanya, selepas berbincang dengan isteri, mentua dan empat anaknya, beliau mengambil keputusan itu dengan tenang untuk kepentingan rakyat.

"Saya yang juga bekas setiausaha Japerun DUN Asahan berasakan situasi politik tidak stabil dan bosan dengan perkembangan ini mendorong saya untuk bertanding," katanya yang berpengalaman 22 bulan menjadi pentadbir di DUN itu.

Sementara itu, Idris berkata, beliau melihat saingan enam penjuru itu menampilkan demokrasi positif yang subur walaupun negara masih berdepan pandemik COVID-19.

Katanya, proses penamaan calon juga dilihat berjalan lancar.

-BH Online

0 comments:

Catat Ulasan