Rabu, 10 November 2021

“Baru Je Balik Dari Langkawi,” Pel4nggan Ni Ceritakan Kenapa Dia Dah S3rik Nak Pergi Sana

 


Baru-baru ini, seorang pelanggan memuat naik resit dengan jumlah bil keseluruhan makanan dan minuman mencecah RM1,759.50 termasuk perincian harga dan berat ikan siakap berkenaan.

Dalam hantaran di Facebook, pelanggan itu memaklumkan dia menyampaikan teguran dan nasihat kerana tidak berpu4s hati dengan harga serta berat ikan itu yang dirasakannya tidak sepadan untuk tujuh orang makan.

Bagaimanapun, pemilik restoran terbabit pula mendakwa, harga berkenaan sudah dinyatakan dalam menu iaitu RM16 setiap 100 gm serta mencadangkan pelanggan itu memilih ikan lain yang lebih sesuai sebelum dimasak, namun dia tidak berbuat demikian.

Selepas dari itu, seorang demi seorang pelanggan mula lahirkan rasa terkilan dan rasa tertipu

Berikut antara satu lagi perkongsian dari pelanggan yang ‘terkena’ dengan siakap harga kayangan di pulau yang menjadi tumpuan ramai tersebut

Menurut pelanggan ini, mereka bersama lima keluarga telah pergi ke restoran tersebut. Ketika membuat pesanan, mereka tidak di maklumkan saiz sebenar ikan membuatkan mereka semua terkedu ketika membuat bayaran


Berikut reaksi dari netizan

“Last pegi Langkawi tak ingat tahun berapa singgah lah nak mkn kat restoran atas Jeti nak makan yg goreng biasa2 je. Owner restoran cadang seefood tapi tak de senarai harga. Hati tak sedap kami sekeluarga pun beredar je dgn muka owner yg masam. Selamat tak kena scam. Pengajaran bayar dulu sebelum makan. Sekian..”

“Pelik la juga.. saya sllu g mkn mknn laut yg timbang ni..mmg Akan semak dulu harga. SBB Akan Ada list harga/ gram. Kalau mahal boleh ubah pada jnis ikan yg harga mmpu bayar. Depa ni jnis tak biasa Kan kat tpt gtu ke mcmne.. tak faham jugak…”


“Peniaga tak saIah,yang saIah pelanggan?” Konsep dia mudah je. Ini penjelasan dari Ust Izhar Ariff dan KPDNHEP

Kuala Lumpur: Tidak timbul isu harga mahal atau tidak kerana lazimnya, matlamat jual beli tercapai jika kedua-dua pihak meredai (al-taradi) harga yang sudah dipersetujui lebih awal.

Pensyarah Fiqh Makanan Semasa, Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian IsIam Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, apa yang menjadi kesaIahan dalam IsIam jika tiada harga dinyatakan atau tidak dibincang atau dimaklumkan lebih awal.

“Kebiasaannya mana-mana restoran makanan laut segar tidak kira pemiliknya IsIam atau bukan IsIam akan maklumkan dulu kepada pelanggan anggaran harga untuk berapa gram (gm) atau kilogram (kg) atau sama ada dinyatakan dalam buku menu.

“Kalau itu berlaku, pihak peniaga tidak salah kerana pemakluman harga sudah berlaku lebih awal dan kita sebagai pelanggan reda untuk mengambil ikan bersama berat pilihan kita dan dalam hal ini jual beli berlaku secara al-taradi iaitu reda antara dua pihak.

“Sepatutnya kita sebagai pelanggan yang hendak makan perlu mengira k0s keseluruhan sebelum menerima atau meminta pihak peniaga memasak ikan itu. Jangan bila sudah keluar bil kita terperanjat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu penularan resit harga ikan siakap seberat 7.48 kg yang mencecah RM1,196.80 di restoran terapung di Langkawi, Kedah.

Mengulas lanjut isu itu katanya, perbuatan menyebarkan perkara yang tidak benar ditegah IsIam berikutan boleh mendatangkan f1tn4h apatah lagi menjatvhkan periuk nasi pihak lain.

“Apa yang berlaku hari ini ada niat tak baik jika pihak yang menyebarkan ini dia faham dan mengetahui harga ikan itu lebih awal ketika ditimbang maka tidak bagus dia menyebarkan perkara tidak sepatutnya kerana ia akan membvrukkan nama pihak peniaga.

“Jadi janganlah kita menampakkan yang kita ini tidak tahu haIal har4m serta tidak menjaga sensitiviti orang lain hingga menjatvhkan periuk nasi mereka.

“Kalau kita hendak makan, buat cara hendak makan jangan sampai kita mendedahkan atau sebarkan benda yang tidak sepatutnya itupun boleh jatvh f1tn4h,” katanya.

-datenews24.com

0 comments:

Catat Ulasan