Khamis, 18 November 2021

Helikopter dinaiki Presiden Jokowi punca dahan pokok putus cederakan penduduk

PENDUDUK di Banten ditimpa dahan pokok yang terputus akibat dilanggar helikopter.-INSTAGRAM

 BANTEN: Sebuah helikopter yang dinaiki Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) tular dalam media sosial selepas beberapa penduduk ditimpa dahan pokok yang patah akibat angin kuat dari kipas helikopter itu.

Lapor Kompas.com, helikopter itu melalui sebuah perkampungan di Rangkasbitung, Lebak, Banten, Selasa lalu.

Kipas helikopter itu yang menyebabkan angin kencang sehingga membuatkan dahan pokok patah dan menimpa sejumlah penduduk di sana.

Salah seorang penduduk, Adelia, 22, berkata, ketika kejadian dia dan suami serta anak saudara mengunjungi Stadion Uwes Qorny di Banten untuk melihat Jokowi.

“Rumah saya kebetulan terletak berdekatan dan ketika helikopter semakin dekat, tiba-tiba dahan pokok terputus dan menimpa kami bertiga,” katanya.

Akibat kemalangan itu, Adelia dan dua ahli keluarga lain mengalami kecederaan di bahagian punggung, leher dan bahu.

Difahamkan, Jokowi melawat Rangkasbitung untuk merasmikan Tol Serang-Panimbang sepanjang 26.5 kilometer yang menghubungkan Serang-Rangkasbitung.

Selepas majlis perasmian, Jokowi meninggalkan kawasan itu menaiki helikopter sama.

-Utusan Online

0 comments:

Catat Ulasan