Rabu, 10 November 2021

Ikan Siakap Mahal? Ini Rupanya Senarai Makanan Termahal Di Malaysia Yang Korang Wajib Tahu

 


Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan isu hidangan ikan siakap yang harga telah mencecah RM 1 Ribu lebih. Dikatakan terlalu mahal, setiap pihak telah tampil dengan penjelasan masing-masing. Namun, orang ramai masih lagi tidak berpuas hati dengan harga yang dikenakan kerana terlampau mahal.

Namun tahukah anda ada beberapa jenis makanan di Malaysia yang mampu mengalahkan harga ikan tersebut? Semuanya bergantung pada kualiti dan jika dilihat, makanan yang tersenarai mempunyai rasa dan ciri yang unik, membuatkan orang ramai berebut untuk mendapatkannya.

Makanan Termahal Di Malaysia

1. Mangga Harumanis Perlis

Mangga harumanis antara jenis buah yang sangat dikenali di Malaysia. Dari Perlis, harga mangga harumanis boleh mencecah hingga RM 40 sekilogram. Peminat mangga tersebut amat menantinya pada awal April sehingga Jun setiap tahun, di mana ia mudah didapati.

Selain itu, mangga harumanis telah didaftarkan sebagai harta intelek Negeri Perlis. Penjagaan buah ini sangat rapi, siap dikawal selia oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis bagi menjaga kualiti buah ini.

MAKANAN TERMAHAL DI MALAYSIA

2. Durian Black Thorn

Durian Black Thorn merupakan spesis durian yang baharu, malah telah direkodkan lebih popular dari Musang King pada tahun 2015. Selain itu, Durian Black Thorn turut berjaya tampil sebagai juara durian pada tahun 2013 dan 2014 dalam pertandingan durian Jabatan Pertanian Malaysia, mengalahkan Durian Musang King dan Durian Raja Kunyit.

Berasal dari Pulau Pinang, jumlah yang dituai amatlah terhad buat spesis durian ini dan peminatnya mengatakan isinya jauh lebih lemak manis dan berkrim berbanding durian lain.

Malah, Kosmo pernah melaporkan bahawa harga Durian Black Thorn tidak terjejas meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebaliknya, ia terus naik dan buat masa sekarang ia merekodkan harga RM 86 sekilogram.

MAKANAN TERMAHAL DI MALAYSIA

3. Ayam Cemani 

Berasal dari Pulau Jawa, Indonesia, ayam ini merupakan ayam yang rare kerana keseluruhannya hitam sampai ke kulit dan tulang sekali. Seorang penternak di Florida juga merjaya menjual ayam ini dengan harga RM 22 ribu seekor, malah ada yang mengelarkannya sebagai “lamborghini untuk dunia per-ayam-an”.

Ayam ini berwarna hitam kerana fibromelanosis, iaitu satu keadaan genetik yang menyebabkan hiperpigmentasi. Serba hitam, darah ayam ini juga lebih gelap berbanding ayam biasa.

Malah, ayam ini boleh didapati dalam sekitar harga RM 17 ribu hingga RM 85 ribu seekor. Tapi, ada juga yang menjualnya dalam lingkungan harga RM 450 seekor.

MAKANAN TERMAHAL DI MALAYSIA

4. Ikan Patin Muncung Sungai Pahang

Temerloh, Pahang sudah dikenali dengan ikan patin, antara makanan terkenal negeri itu. Malah, ada diantara kita yang sanggup untuk ke negeri tersebut semata-mata untuk menikmati hidangan ikan patin masak tempoyak.

Meskipun terdapat pelbagai jenis ikan patin yang boleh didapati, tiada yang boleh mengalahkan harga ikan patin muncung di Sungai Pahang. Harga ibarat emas, harga sekilogram buat spesis terancam ini boleh mencecah RM 450!

Ikan ini boleh dinikmati dengan pelbagai cara. Bagi merasai rasa ‘tulen’ dan isinya yang halus dan manis, ianya sering dimasak tempoyak atau dikukus.

MAKANAN TERMAHAL DI MALAYSIA

5. Wagyu Steak (Bergantung kepada bahagian, jenis masakan, berat mengikut gram)

Umum sudah tahu bahawa daging Wagyu merupakan antara makanan termewah di dunia. Wagyu yang berasal dari baka lembu di Jepun, merupakan haiwan sejenis lembu yang istimewa, malah memerlukan penjagaan yang rapi bagi menjaga kualiti dagingnya.

MAKANAN TERMAHAL DI MALAYSIA

Meskipun daging Wagyu makin mudah untuk didapati di Malaysia, namun bagi merasakan daging Wagyu yang paling best di Malaysia, anda boleh mengunjungi Me’nate Steak Hub yang mempunyai beberapa cawangan di Malaysia.

Restoran itu dimiliki oleh Encik Mustaffa Othman yang berasal dari Kelantan. Malah, restoran ini pernah viral kerana seorang pelanggan pernah menghabiskan RM 9 ribu lebih dalam satu resit.

MAKANAN TERMAHAL DI MALAYSIA

(Bil Me’nate Steak Hub yang pernah viral dahulu)

Hebat betul harga-harga makanan termahal di Malaysia ini, kan? Kalah ikan siakap di Langkawi. Hanya mereka yang benar-benar mampu sahaja yang pernah merasainya. Walaupun Malaysia pernah diuji dengan waktu yang mencabar, nampaknya harga makanan berikut masih lagi tidak terjejas.

Kredit: Soscili.my, Kosmo

Sumber: dailymakan.com

0 comments:

Catat Ulasan