Isnin, 8 November 2021

PRN Melaka: Adly bakal berdepan saingan 4 penjuru bagi DUN Bukit Katil

  Adly (dua dari kanan) bersama Abdul Hamid (kiri),  Mohammad Al Afiz (dua dari kiri) dan Hasnoor (kanan)  selepas penamaan calon di PPC Dewan Bukit Katil, Melaka. - NSTP/SYAFEEQ AHMAD

Adly (dua dari kanan) bersama Abdul Hamid (kiri), Mohammad Al Afiz (dua dari kiri) dan Hasnoor (kanan) selepas penamaan calon di PPC Dewan Bukit Katil, Melaka. - NSTP/SYAFEEQ AHMAD

MELAKA: Bekas Ketua Menteri yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Adly Zahari bakal berdepan saingan empat penjuru dalam mempertahankan kerusi itu.

Beliau akan ditentang Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Wira Hasnoor Sidang Husin; calon PAS, Muhammad Al Afiz Yahya dan calon Bebas, Abdul Hamid Mustapah.

Semua calon menyerahkan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Tun Ali di sini.

Suasana di pekarangan PPC tenang tanpa kehadiran penyokong calon bertanding dan proses penamaan calon juga berjalan lancar sehingga pencalonan ditutup pada jam 10 pagi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Adly memenangi DUN Bukit Katil dengan majoriti 3,159 undi, menewaskan calon BN, Datuk Yunus Hitam dan calon PAS Muhamad Puhat Bedol.

-BH Online

0 comments:

Catat Ulasan