MISTERI JAMBATAN PULAU BUNTING ?
Di Malaysia, ada sebuah pulau yang tidak berpenghuni telah dibina jambatan dianggarkan berharga 120 juta.
Pulau Bunting adalah sebuah pulau misteri yang terletak di Yan, Kedah yang merupakan laluan Selat Melaka. Ia digelar Pulau Bunting kerana menyerupai bentuk wanita mengandung jika anda lihat pulau ini dari Pekan Yan.
Namun, misteri Pulau Bunting adalah dahulunya merupakan kawasan perkuburan orang melayu yang sering dikebumikan di sini. Menurut cerita orang tua-tua, apabila ada kematian orang kampung di darat, jenazah akan dikebumikan di Pulau Bunting.
Jambatan 2.3 km ini kononnya dibina untuk kemudahan 30,000 orang penduduk dari pulau tersebut menyeberang ke tanah besar. Ada juga yang mendakwa pulau tersebut telah didiami oleh beberapa keluarga nelayan kira-kira seratus tahun dahulu.
Namun kini, hakikatnya tidak terdapat seorang pun manusia yang dilaporkan tinggal di pulau tersebut.
Bagaimana jumlah penduduk 30,000 itu boleh timbul sedangkan tidak ada orang?
Lebih misteri lagi apabila pulau ini telah dihubungkan dengan sebuah jambatan yang dahulunya pernah dibuka dan telah ditutup sehingga ke hari ini.
Persoalannya, kenapa jambatan pulau ini ditutup?
Menurut penyelaras Dun Sungai Limau,
" Ia berkait rapat dengan soal keselamatan kerana jambatan itu tidak pernah diselenggara setelah siap pembinaannya."
Dikatakan Pulau Bunting ini adalah milik sebuah syarikat persendirian. Pemaju bagi projek jambatan ini ialah Gamuda.
.
.
.
.
Sumber: Hmetro, 2018
Kredit:Fb Cikgu Wanny
0 comments:
Catat Ulasan