Ahad, 28 November 2021

Michelle Yeoh terbit drama siri skandal 1MDB?

 THR melaporkan Michelle menjadi antara penerbit bersama projek pembikinan drama bersiri TV berkisar skandal 1MDB. Foto IG Michelle Yeoh

THR melaporkan Michelle menjadi antara penerbit bersama projek pembikinan drama bersiri TV berkisar skandal 1MDB. Foto IG Michelle Yeoh

KUALA LUMPUR: Bintang filem Hollywood kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh dilaporkan menjadi antara penerbit bersama projek pembikinan drama bersiri televisyen (TV) berkisar skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

The Hollywood Reporter (THR) melaporkan, drama itu diadaptasi buku yang laris jualannya, Billion Dollar Whale : The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood and The World.

Selain Michelle, Beau Willimon yang pernah menghasilkan siri hit drama berkisar kisah politik, House Of Cards dilaporkan bakal memikul tanggung jawab sama, selain rakan kerjasama daripada syarikat produksi, Westward, Jordan Tappis.

Buku tulisan Tom Wright dan Bradley Hope itu antara lain menceritakan bagaimana ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low menjadi individu dikehendaki dalam skandal 1MDB.

"Di Westward kami tertarik mengupas cerita yang memaparkan kerumitan hidup yang dilalui sekarang, hal yang sukar diterjemahkan atau misteri selain watak yang memberi elemen kejutan.

Kami tertarik untuk mencari langkah yang berinovasi untuk menghasilkan karya selaras dengan arus dunia hiburan yang sentiasa berubah dengan pantas," kata Willimon dan Tappis dalam kenyataan diterbitkan THR. -AGENSI

1 ulasan:

  1. Kes belum selesai nak buat cerita dari buku yang banyak mengelirukan orang lain...jgn nanti kena saman sudah sebab fakta x betul.padan muka.

    BalasPadam