Isnin, 8 November 2021

PRN Melaka: Saingan 5 penjuru di Paya Rumput

 Anggota dan pegawai polis melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang ingin memasuki ke Pusat Penamaan Calon DUN Paya Rumput di Stadium Hang Jebat.

Anggota dan pegawai polis melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang ingin memasuki ke Pusat Penamaan Calon DUN Paya Rumput di Stadium Hang Jebat.

MELAKA: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menyaksikan saingan lima penjuru.

Kelima-lima calon yang bakal bertanding tiba di Stadium Hang Jebat, Krubong, di sini, bagi proses penamaan calon.

Calon daripada parti PUTRA, Mohamad Hashidi Mohd Zin, paling awal tiba jam 8.35 pagi, sebelum ketibaan calon Pakatan Harapan (PH) yang juga Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Akin pada jam 8.45 pagi.

Ia diikuti calon daripada BERSATU, Muhammad Faris Izwan Mazlan, jam 8.50 pagi dan calon muka baharu BN, Datuk Rais Yassin.

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Rais Yassin ditemani isteri sebelum masuk ke pusat penamaan calon di Stadium Hang Jebat, Krubong.
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Rais Yassin ditemani isteri sebelum masuk ke pusat penamaan calon di Stadium Hang Jebat, Krubong.

Calon Bebas, Mohd Jaini Dimon menjadi calon terakhir tiba dengan ditemani penyokong dan pencadangnya.

Proses penamaan calon di Stadium Hang Jebat, di sini, berlangsung dalam keadaan 'sepi' apabila tiada barisan penyokong yang menunggu di pekarangan stadium untuk memberi sokongan.

-BH Online

0 comments:

Catat Ulasan