Sabtu, 13 November 2021

Red Carpet ABPBH34:Hijab gumpalan kain versi Aina Abdul jadi perhatian

 

Kuala Lumpur: Penampilan penyanyi lagu Sumpah, Aina Abdul sekali lagi mencuri tumpuan ramai netizen dan pengikut industri seni tanah air apabila hadir dengan fesyen pelik pada sesi karpet merah Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH34), yang berlangsung pada malam, hari ini.

Tampil dengan busana serba hitam, Aina yang dikenali dengan imej muslimah menampilkan gaya hijab unik membentuk gumpalan kain.

Busana rekaan Behati itu dianggap melawan arus kebiasaan, namun tidak dinafikan benar-benar unik dan sesuai dengan Aina yang cukup dikenali sebagai penyanyi yang berani dalam meneroka fesyen.


Pelbagai reaksi diberikan oleh netizen di ruangan komen gambar yang dimuat naik ke Instagram Berita Harian itu.

Kurang daripada satu jam, gambar itu menerima lebih 6,000 tanda 'like' di samping hampir 800 komen daripada netizen.

Selain Aina, turut melalui sesi karpet merah adalah beberapa artis popular tanah air antaranya, Izzue Islam, DJ Lin, Man Kidal, Wani Kayrie dan ramai lagi.

-myMetro

0 comments:

Catat Ulasan