Selasa, 9 November 2021

Selepas tular siakap RM1,196, apa yg berlaku di restoran buat Pemilik kedai bersyukur


 LANGKAWI: Walaupun dikecam hebat kerana menjual hidangan siakap sehingga mencecah ribuan ringgit, Restoran Terapung Sas Rimba di Taman Geoforest Karst Kilim, di sini masih menerima pengunjung seperti biasa. Pemiliknya, Norasyikin Musa berkata, setakat ini, jumlah pengunjung ke restorannya tidak berubah walaupun telah ditularkan. “Perniagaan masih berjalan seperti biasa dan setakat ini, tiada apa yang berubah.

Restoran Terapung Sas Rimba, Kilim Geoforest Park, di sini yang tular selepas menu ikan siakap yang didakwa berharga ‘kayangan’, masih beroperasi seperti biasa dan dikunjungi pelanggan.

Tinjauan hari ini mendapati pengunjung yang melakukan aktiviti jelajah hutan paya bakau di kawasan berhampiran memilih untuk singgah dan menjamu selera di restoran terapung itu.

Untuk ke restoran itu, pengunjung perlu menaiki bot dari Jeti Kilim dengan masa perjalanan 10 minit.

Pemilik restoran Norasyikin Musa berkata, dia bersyukur perniagaannya tidak terjejas selepas insiden tular terbabit, bahkan bisnes itu dan ikan sangkar adalah sumber rezeki keluarganya dan pekerja restoran sejak lapan tahun lalu.


SEBAHAGIAN pengunjung melihat sebahagian ikan siakap yang diternak dalam sangkar di Restoran Terapung Sas Rimba di Taman Geoforest Karst Kilim, Langkawi, semalam. – UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan percaya rezeki Allah SWT. Saya nak ucap terima kasih pada orang yang tular pun (sukar juga) sebab saya terkilan dengan sikap dia.

“Saya menghormati semua pelanggan, sebab itu saya berulang kali tanya ketika menerima pesanan kerana tidak mahu pelanggan kecewa selepas makan di sini,” katanya ketika ditemui di restorannya.

Norasyikin mengakui sebagai manusia dia tidak sempurna, namun menghargai sokongan berterusan orang ramai terhadap perniagaannya walaupun teruk dikecam di media sosial.

Sementara itu, beberapa pengunjung yang ditemui mengakui mengetahui isu siakap mahal di restoran itu tetapi ia bukanlah isu kepada mereka.

Nadirah Mohd Radoan, 31, dari Seri Kembangan, Selangor berkata, menjadi kebiasaannya untuk melihat menu dan harga makanan serta minuman sebelum membuat pesanan.

“Pemandu bot memberitahu saya mengenai isu tular babitkan restoran itu tapi bagi saya, kita sebagai pelanggan boleh memesan makanan yang kita tahu tahap kemampuan kita,” katanya yang hanya memesan minuman sementara berehat selepas mengikuti pakej lawatan paya bakau.

Seorang lagi pengunjung dari Batu Gajah, Perak, Norhafidza Idayu Azman, 29 berkata, dia hanya menyedari bahawa restoran yang dikunjunginya itu adalah restoran yang tular semasa memesan makanan.

“Ada harga diletakkan bagi setiap jenis makanan di dalam menu yang disediakan, jadi saya memesan makanan mengikut kemampuan saya.

“Harga makanan laut adalah bagi setiap 100 gram (g). Kalau tidak berhati-hati mungkin ada pelanggan menganggap harga tersebut adalah bagi satu kilogram (kg) dan akan terkejut semasa membayar,” katanya yang hadir bersama keluarganya.

Diberi Masa Lima Hari

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan notis kepada peniaga restoran terapung di sini untuk mendapatkan penjelasan mengenai hidangan seekor ikan siakap yang dijual pada harga RM 1,196 baru-baru ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasaan KPDNHEP Kedah, Mohd. Shahran Mohd. Arshad berkata, notis tersebut dikeluarkan mengikut S.eksyen 21 A.kta Kawalan Harga A.nti Penc.atutan 2011 selepas isu tersebut tular dalam media sosial.

Menurutnya, notis tersebut juga bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan item tertentu serta perniagaan dijalankan perlu dijawab dalam tempoh lima hari.

Katanya, sekiranya gagal memberi kerjasama dalam tempoh ditetapkan, pengusaha restoran terbabit boleh dikenakan t.indakan.

“Apabila kita keluarkan notis tersebut, itu tidak bermakna pengusaha restoran berkenaan sudah dianggap bers.alah.

“Sebaliknya, maklumat yang kita minta ini akan digunakan untuk membuat analisa mengenai kos bagi setiap item yang diminta,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Selain itu, beliau menambah, pemilik restoran tersebut juga diminta memberi penjelasan mengenai kos ikan serta beberapa makanan lain dan jus tembikai.

Katanya, mereka turut diminta menyatakan kos dari segi utiliti, pembayaran gaji pekerja dan sebagainya. Jelasnya, setiap penjelasan berhubung perkara itu turut perlu disertakan dengan dokumen sokongan.

“Kita beri tempoh lima hari untuk pengusaha restoran terbabit menjawab beberapa perkara yang dikemukakan dalam notis terbabit. Apabila mereka sudah serahkan jawapan nanti, kami akan nilai satu demi satu setiap kos yang dinyatakan itu dan membuat analisa sama ada memang berlaku kenaikan harga tidak munasabah atau sebaliknya,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Shahran, setakat ini, hanya satu laporan rasmi diterima pihaknya berhubung perkara itu.

“KPDNHEP sekarang ini sedang giat melaksanakan Ops Menu bagi memastikan kalangan peniaga benar-benar mematuhi peraturan ditetapkan,” katanya.

Pada Khamis lalu, tular di media sosial mengenai d.akwaan seorang lelaki yang terpaksa membayar bil makanan tengah hari untuk tujuh individu berjumlah keseluruhan RM 1,852.

Menerusi bil yang dipaparkan lelaki tersebut di laman Facebooknya, harga seekor siakap seberat 7.4 kilogram yang menjadi hidangan ahli keluarganya sebanyak RM 1,196.

Kredit : Kosmo

Sumber:trendingsangat.pw

0 comments:

Catat Ulasan