Rabu, 10 November 2021

Jawatan Kosong: Lembaga Zakat Negeri Kedah(LZNK)


Warganegara Malaysia (tinggal di Negeri Kedah Darul Aman) yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Lembaga Zakat Negeri Kedah. 

JAWATAN : 

PENOLONG PENGURUS EKSEKUTIF GRED Z7 (INFORMATION TECHNOLOGY PROJECT MANAGEMENT)

SYARAT KELAYAKAN 

 Berkelulusan sekurang-kurangnya Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang Sains Komputer, Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan Perisian, Teknologi Maklumat atau yang sama taraf dengannya;

 Mendapat kepujian lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; 

 Berkemahiran dalam menganalisis dan menyelesaikan masalah sistem dengan keupayaan untuk bekerja secara bebas dengan pengawasan minimum; 

 Keutamaan dalam bidang Business Development / IT Project Management 

 Pengalaman kerja melebihi 5 tahun dalam bidang Business Development / IT Project Management 

 Boleh membaca Al-Quran dengan baik dan menjaga solat 

DESKRIPSI TUGAS 

 Bertanggungjawab dalam menstruktur dan menjalankan kajian penyelidikan berkaitan inovasi dan pembangunan Sistem Maklumat untuk dikolaborasikan dengan agensi luar. 

CARA MEMOHON 

 Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan BORANG yang boleh didapati dalam LAMAN WEB https://www.zakatkedah.com.my 

 Semua maklumat yang diberi di dalam borang permohonan hendaklah benar. Jika terdapat sebarang penipuan di dalam maklumat yang diberikan, permohonan akan dibatalkan serta merta dan nama pemohon akan disenarai hitamkan. 

 Semua permohonan hendaklah disertakan salinan dokumen-dokumen berikut bersama-sama permohonan : 

a) Sekeping gambar terbaru berukuran passport 

b) Kad pengenalan 

c) Sijil pendaftaran kelahiran / Sijil lahir 

d) Sijil berhenti sekolah 

e) Sijil akademik (SPM/DIPLOMA/IJAZAH) 

 Borang permohonan yang diisi lengkap bersama-sama dengan salinan sijil-sijil dan dokumen yang berkaitan hendaklah : 

a) Dikemukakan dengan menggunakan sampul surat yang berukuran 229 mm x 423 mm dan dilekatkan dengan setem yang mencukupi (sekiranya dipos); 

b) Dipenjuru atas sebelah kiri sampul berkenaan hendaklah ditulis dengan HURUF BESAR yang jelas NAMA JAWATAN YANG DIPOHON

 Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum atau pada tarikh tutup permohonan :-

 KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF 

LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN 

MENARA ZAKAT JALAN TELOK WANJAH 

05200 ALOR SETAR 

KEDAH DARUL AMAN 

(u/p: Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia) 

ASAS TAPISAN 

Bergantung kepada jumlah permohonan yang layak mengikut syarat dalam iklan berbanding dengan kekosongan jawatan, pentadbiran ini akan menetapkan asas tapisan seperti peperiksaan kemasukan ke dalam Skim Perkhidmatan Saraan Zakat dan lain-lain penilaian untuk menentukan jumlah calon yang sesuai dipanggil temuduga. 

PERMOHONAN YANG DITOLAK 

 Permohonan yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan dalam iklan ini; 

 Permohonan yang tidak lengkap atau tidak menyertakan dokumen-dokumen yang berkaitan atau tidak jelas; 

 Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan. 

PEMBERITAHUAN MENGENAI CALON YANG TIDAK BERJAYA 

Calon hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA jika tidak menerima sebarang makluman selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 18 NOVEMBER 2021

Muat Turun Borang beserta Syarat Permohonan melalui pautan dibawah serta lengkapkan borang dan hantarkan kepada kami sekarang !

0 comments:

Catat Ulasan