Selasa, 16 November 2021

Adoiii...Ibu jatuh cinta dengan bakal menantu

 

Bakal pengantin itu terkejut dengan pendedahan ibunya yang menyimpan perasaan terhadap tunangnya. - Getty

 WASHINGTON – Seorang wanita terkejut apabila ibunya mengaku enggan menghadiri majlis perkahwinannya kerana ‘amat mencintai’ bakal menantu sendiri, lapor laman berita Mail Online kelmarin.

Wanita tersebut yang berkongsi dilemanya menerusi laman sosial, WeddingBee mengaku dunianya seakan gelap apabila ibu yang amat disegani  itu menaruh perasaan terhadap bakal suaminya.

Malah, si ibu juga mengaku akan bertindak mengikut keinginannya jika berpeluang dan enggan menghadiri majlis perkahwinan pasangan tersebut.

Menurut wanita itu, tunangnya amat rapat dengan ahli keluarganya yang lain dan mereka kerap  melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama seperti mendaki gunung dan berkhemah.

“Namun, ibu saya tidak bahagia dengan perkahwinannya bersama bapa dan tunang saya membuatkan ibu saya memiliki perasaan sayang yang tidak pernah dirasai sepanjang dia bersama dengan bapa saya,” luah wanita itu.

Netizen yang membaca luahan itu kemudiannya berkongsi pendapat dan memberikan sokongan kepada wanita tersebut.

“Perasaan ibu anda itu adalah sesuatu yang tidak wajar dan dia tidak seharusnya berkongsi perkara itu dengan anda,” komen seorang wanita.

“Ibu anda perlu menjalani terapi,” komen seorang wanita lain. – AGENSI

Related Posts:

  • Tentera wanita diberkas, ‘berkahwin’ semasa bertugas RAKAMAN video tersebar mengenai tentera wanita menerima lamaran perkahwinan ketika sedang bertugas di Nigeria.-MEDIA SOSIALNIGERIA: Seorang tentera wanita di Nigeria ditangkap selepas didapati menerima lamaran perk… Read More
  • Enam tahun sekatil baru sedar isteri bekas ibu tiri Lelaki berkenaan terpaksa menceraikan isterinya selepas mengetahui bahawa wanita itu pernah berkahwin dengan bapanya. – GettyRIYADH – Seorang lelaki di  Arab Saudi terpaksa menceraikan isterinya yang telah dikahwin… Read More
  • Wow..Cipta skrin boleh dijilat SEORANG wanita merasa skrin TV ciptaan Miyashita. FOTO ABC7.Tokyo: Seorang pakar sains dan teknologi di Jepun memperkenalkan ciptaan terbaharunya iaitu skrin televisyen yang boleh dijilat untuk merasa makanan.Homei Miya… Read More
  • Taufan Rai ragut 389 nyawa di Filipina Perkataan ‘help’ dicat di bumbung bersebelahan rumah yang musnah dibadai Taufan Rai di Pulau Siargao, selatan Filipina pada 22 Dis lalu. (Gambar AP)MANILA: Angka korban akibat Taufan Rai yang membadai Filipina meningkat… Read More
  • Perghhh..Tak cukup 12 anak,mahu tambah 5 lagi MERRITT bersama anak sulungnya, bakal melahirkan anak masing-masing April dan Jun ini. FOTO Mattwittmeyer.comNew York: Bintang TikTok kontroversi, Veronica Merritt, 36, yang terkenal kerana mempunyai 11 anak dan bakal m… Read More

0 comments:

Catat Ulasan