Selasa, 23 November 2021

Bolasepak: 3 Kejadian Yang Ketara Membuktikan Pengadil Ini Terlalu ‘Bacul’ Untuk Hukum Pemain JDT


Mengecewakan. Itulah perkataan paling tepat untuk menggambarkan kualiti pengadilan perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di antara Terengganu dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada Isnin.

Pengadil utama perlawanan Tuan Ahmad Yassin dikritik teruk oleh setiap pemerhati yang menyaksikan perlawanan ‘panas’ tersebut apabila dilihat gagal mengawal perlawanan dengan baik terutamanya dalam memberikan hukuman terhadap pemain yang bertindak kasar dan tidak profesional.

Berikut adalah tiga kejadian yang cukup jelas untuk menunjukkan betapa pengadil ini dianggap ‘bacul’ untuk memberikan kad kepada dua pemain JDT.

Kejadian pertama berlaku pada minit ke-70 di mana pemain pertahanan Australian, Shane Lowry begitu jelas melakukan kekasaran terhadap Jordan Mintah yang sudah pun terjatuh dan kemudian menolak penjaga gol Terengganu, Suhaimi Husin yang menariknya untuk meleraikan pergaduhan.

Video Player
00:00
01:10

Kejadian kedua pula melibatkan pemain kacukan Malaysia-Sepanyol, Natxo Insa yang bertindak menyepak bola selepas wisel dibunyikan. Mengikut peraturan, tindakan itu sepatutnya diberikan kad kuning, namun pengadil seolah-oleh ‘menikus’ apabila berdepan pemain ini dan sekadar memberi amaran sahaja.

Video Player
00:00
00:32

 

Kejadian ketiga pada penghujung perlawanan mungkin yang paling ketara membuat pemain dan penyokong tuan rumah hilang sabar setelah.

Natxo Insa jelas dengan sengaja melakukan kekasaran dengan melanggar seorang pemain Terengganu dan ia merupakan kesalahan yang sepatutnya diberikan kad kuning. Tetapi entah apa yang ada di dalam kepala pengadil, pemain ini dilepaskan begitu sahaja.

Video Player
00:00
00:44

Pada April lalu, Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memberikan hukuman penggantungan dua perlawanan dan denda RM10,000 kepada Natxo Insa berikutan tindakannya menolak pengadil sebelum ini.

Namun beliau hanya digantung satu perlawanan dahulu dan penggantungan satu perlawanan lagi ditanggungkan sekiranya didapati sekali lagi mengulangi kelakuan yang tidak bersemangat sukan berkuatkuasa serta merta.

Dengan kejadian ini, adakah FAM akan menggantung Natxo Insa untuk aksi separuh akhir kedua nanti?

Dalam pada itu, pemiliik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam ciapannya di Twitter mengakui kelemahan pengadil perlawanan.

“Pengadil teruk. Bukan perlawanan ini sahaja,” ujar yang turut menyenaraikan beberapa perlawanan melibatkan pasukan lain.

“Majoriti perlawanan setiap tahun. Sabah lawan Terengganu, JDT lawan Kelantan, Negeri Sembilan lawan Sarawak dan lain lain. Setiap tahun benda yang sama. Kami perlu peningkatan dan FAM mesti ambil tindakan.”

-semuanyabola.com

0 comments:

Catat Ulasan