Khamis, 4 November 2021

Koleksi Resepi:Siakap Tiga Rasa

 RESEPI SIAKAP 3 RASA

Bahan-bahan:

* Ikan siakap

* Nenas (potong dadu)

* 1 biji Bawang merah besar (potong dadu)

* 1 biji Tomato (potong dadu)

* Cili padi (racik bulat2 halus)

* 2 biji bawang besar (dikisar)

* 4 ulas bawang putih (dikisar)

* 1 inci halia (dikisar)

* 3 sudu besar cili kering 

* 3 – 4 sudu besar sos cili 

* 2 sudu besar sos tiram 

* Serbuk perasa, garam dan gula

Cara-cara:

1. Ikan yang dah dibasuh bersih dilumur garam dan 2sdb tepung jagung. Goreng garing2

2. Sediakan bahan potong dulu (nenas, bawang merah, tomato dan cili padi)

3. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan kisar (bawang besar, bawang putih dan halia). Tumis sehingga naik bau dan sedikit pecah minyak

4. Tambahkan cili kering kisar dan kacau2 sampai pecah minyak 

5. Masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau lagi 

6. Tambahkan semangkuk kecil air. Anggaran 200ml dan tunggu sampai agak pecah minyak. Masukkan cili potong dan bawang merah yang dipotong dadu tadi

7. Masukkan nenas dan tomato dan tambah juga serbuk perasa, garam dan 1sdt gula

secukup rasa. Kacau2 sebati dan tutup api.

8. Ikan yang dah siap goreng dimasukkan dalam pinggan dan tuang sos 3 rasa yang kita masak tadi.

Siap! Selamat mencuba

Kredit: Anita Sahara

#resepi #ikansiakap #ikan #siakap #3rasa #tigarasa #siakap3rasa #siakaptigarasa

Related Posts:

  • Koleksi Resepi:Biskut Sampan Legend  BISKUT SAMPAN LEGEND Saya guna resepi asal Azlina Ina250g butter pure butter baru sedap100g gula ising1 biji telur1 sb esen vanila30g susu tepung500g+- tepung gandum cap roscara2satukan butter dan gula mix sebati k… Read More
  • KOLEKSI RESEPI:NASI KABSAH ARAB AYAM NASI KABSAH ARAB AYAMResepi nasi :Bahannya :🥘 3 cwn beras basmati🥘 4 sdu bsr myk sapi🥘 3 1/4 cwn air🥘 1 inci halia dimayang🥘 1bj bwg besar didadu🥘 1 btg kulit kayu manis🥘2 kumtum bunga lawang🥘 3 ulas buah pelaga… Read More
  • Koleksi Resepi:Sotong Singgang Resipi Sotong Singgang 🐙Bahan-bahan:SotongSeraiBawang HollandBawang PutihLengkuasHaliaCili padiAsam kepingTomatoPutik JagungDaun Limau PurutDaun KetumbarCara Penyediaan:1. Didihkan Air dalam periuk2. Masuk kan 2 Batang… Read More
  • Koleksi Resepi: Ayam Masak Padang Resepi Ayam Masak Padang-1 ekor ayam (potong 10).Bahan kisar:5 ulas bawang putih2 biji bawang besarSdikit halia1 inci lengkuas3 batang seraiSedikit kunyit hidup ( atau kunyit serbuk)Sdikit cili kering (nk pedas lbih kn)… Read More
  • Koleksi Resepi: Yee Mee Sizzling RESEPI YEE MEE SIZZLINGBahan-bahannya: (Untuk 3 orang)3 gulung yee mee5 ulas bawang putih - dicincang halus1/2 inci halia - dicincang halusAyam - dipotong kecil6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut d… Read More

0 comments:

Catat Ulasan