Ahad, 7 Jun 2026

Pegawai kanan Mossad mati, kereta yang dinaikinya diletupkan oleh ejen perisikan Iran, dakwa Handala (Kumpulan Hackers Iran)

 

Seorang pegawai kanan Mossad mati ditempat kejadian selepas kereta yang dinaikinya diletupkan oleh ejen perisikan Iran, dakwa Handala (Kumpulan Hackers Iran).

Menurut Handala lagi, misi ini dirancang sejak berbulan-bulan lamanya dan akhirnya mencapai kejayaan bila target mereka berjaya dihapuskan.

Isu ini menjadi hangat kerana sebelum ini ejen Mossad banyak membun*h target mereka di seluruh dunia, termasuk rakyat P di Malaysia.

Kejadian pada 4 Jun 2026 ini membuatkan rakyat Israel panik. Bagaimana perisik Iran boleh berada dalam negara mereka berbulan-bulan dan berjaya membun*h pegawai kanan Mossad di dalam negara Israel.

Ia merupakan satu aib besar pada Mossad dan Israel.

Israel kemudiannya pantas menjawab, kejadian itu tiada kaitan dengan Iran dan rjen Mossad. Kejadian letupan itu dikatakan dirancang oleh bekas suami mangsa kerana konflik penceraian.

Israel juga mendakwa, wanita yang terbun*h dalam serangan itu bukan pegawai kanan Mossad, sebaliknya seorang akauntan, bekas anggota polis yang berusia 35 tahun.

Polis menahan bekas suami mangsa kerana disyaki perancang utama insiden itu.

Fuh, dua dakwaan yang berbeza. Yang pasti, ada satu pihak menipu. 😊

#MFS

0 comments:

Catat Ulasan