"Air Mata Gugur Di Litar Brno: Bila Anak Mekanik Terengganu Menghadiahkan Lagu Negaraku Di Eropah"
Petang semalam sejarah besar tercipta.
Jantung siapa je yang tak berdegup kencang tengok perlumbaan gila tu?
Aku yakin ramai kat luar sana terpekik terlolong depan skrin televisyen sampai hilang suara.
Bila tengok pelumba kita pecut melintasi garisan penamat sebagai juara, lepas tu lagu Negaraku pula berkumandang megah membelah bumi Republik Czech.
Automatik air mata jantan terus mengalir.
Dah bertahun-tahun kita tunggu detik macam ni.
Dah bertahun-tahun kita bermimpi nak tengok anak Malaysia berdiri paling tinggi kat pentas dunia.
Momen dapat menyanyi lagu kebangsaan sekuat hati kat ruang tamu dengan anak-anak sambil tahan sebak tu memang pengalaman yang teramat mahal.
Ini luahan rasmi Hakim Danish kat akaun sosial dia lepas tamat perlumbaan:
"My First Win at Moto3 Grand Prix. NegaraKu. I love this Brno Circuit. Thank you everyone. Terima kasih Malaysia 🇲🇾.
MSi Racing Team MotoGP"
Bagi yang tak berapa nak ikut sukan permotoran, meh aku cerita sikit latar belakang wira kita ni.
Nama dia Hakim Danish.
Umurnya baru sahaja cecah lapan belas tahun.
Dia ni bukan anak jerung atau lahir dari keluarga kayangan yang dilimpahi sudu emas sejak kecil.
Dia cuma seorang anak mekanik motor dari Kampung Surau Panjang, Terengganu.
Tapi mentaliti dia berlawan kat atas litar semalam memang tahap kelas pertama.
Korang ingat jalan dia nak genggam trofi pusingan ni mudah?
Tidak.
Ikutkan catatan masa sesi kelayakan, dia sangat laju dan melayakkan dia bermula kat petak kedua.
Tapi steward perlumbaan tiba-tiba jatuhkan penalti berat yang mencampakkan dia terus 12 petak ke belakang.
Alasannya cuma sebab dia dituduh menunggang terlalu perlahan kat kawasan sektor perlahan masa pusingan kelayakan tersebut. Ada ceritanya kat sini tapi biarlah.
Cuba letak diri korang kat tempat anak yang berumur 18 tahun yang tiba-tiba terpaksa mulakan perlumbaan dari petak 14.
Kalau pelumba yang mental tak cukup keras, awal-awal lagi dah koyak rabak dan hilang motivasi.
Tapi anak jati Pantai Timur ni tunjuk yang jiwa dia memang keras macam besi waja.
Debaran paling ngeri berlaku masa pusingan terakhir. Saya percaya ramai berdebar moment ni. Mesti menjerit-jerit.
Waktu tu dia masih terperangkap kat kedudukan ketiga.
Dengan skil mencelah tahap dewa dan jiwa berani mati, dia selamba memotong dua lagi pelumba handalan seterusnya dengan bangganya melepasi garisan penamat.
Kemenangan gila ni memecahkan kemarau sukan permotoran negara selama hampir sepuluh tahun.
Kali terakhir kita rasa nikmat dengar lagu Negaraku kat podium nombor satu dunia adalah masa SuperKIP menang pada tahun 2016.
Korang ingat lagi tak zaman SuperKIP dulu?
Apapun, petang semalam, Hakim Danish buktikan pelumba kita mampu angkat piala juara dalam keadaan cuaca baik dengan skil menunggang yang seratus peratus tulen.
Sekali gus, dia berjaya kembalikan semula keterujaan rakyat Malaysia untuk lekat depan televisyen layan MotoGP.
Bukan sekadar bab menunggang je, ada satu lagi perkara yang buat kita kembang dada dengan anak muda ni.
Masa sesi temu bual rasmi lepas menang, wartawan antarabangsa tanya dia macam-macam soalan.
Dia balas balik soalan tu dalam bahasa Inggeris dengan sangat fasih dan tak nampak gelabah langsung.
Siapa cakap anak mekanik dari kampung tak boleh bercakap bahasa Inggeris dengan cemerlang kat pentas Eropah?
Tapi disebalik sorakan dan piala tu, ada satu insiden kat luar litar yang sangat mahal.
Satu detik keharmonian yang amat jarang kita nampak dalam sukan global.
Bila Hakim Danish tengah bersiap sedia nak naik podium, pengurus pasukan MSi Racing sendiri yang bergegas naik awal-awal ke atas pentas.
Pengurus berbangsa asing tu pergi angkat dan ketepikan botol arak yang besar tu jauh-jauh dari podium.
Tujuan dia cuma satu.
Dia tak nak wujud sebarang minuman keras berdekatan dengan pelumba mereka masa bergambar rasmi nanti.
Dikhabarkan tindakan luar jangka tu sampai kena jeling tajam dengan pihak penaja, tapi mereka buat pekak je dan terus alihkan.
Walaupun kru pasukan tu majoritinya bukan beragama Islam, mereka sangat cakna dan menghormati pegangan pelumba muda kita.
Mereka faham yang Hakim Danish takkan raikan kemenangan tu dengan cara sembur arak merata-rata.
Sikap toleransi tinggi macam inilah yang menjadikan pasukan perlumbaan mereka ni sangat istimewa dan amat dihormati.
Pencapaian Hakim ni bawa satu mesej besar untuk semua anak muda kat luar sana.
Tak kira susah macam mana pun latar belakang keluarga korang atau terperuk kat ceruk kampung mana pun korang membesar.
Selagi ada kemahuan, usaha keras yang tak putus asa dan mental tak mudah koyak, semua perkara yang korang impikan bukan benda mustahil.
Tahniah wira negara.
Terima kasih sebab kembalikan semula keseronokan, kebanggaan dan maruah sukan permotoran kita di mata dunia.
___












0 comments:
Catat Ulasan