Ahad, 5 September 2021

Warganet Puji ‘Sportmanship’ Ditunjukkan Atlet Paralimpik Greece Kepada Latif Romly


 Nama Abdul Latif Romly dijulang sekali lagi oleh satu Malaysia setelah beliau berjaya mengekalkan pingat emas yang dimenanginya semasa di Paralimpik Rio 2016 lalu apabila melakukan lompatan sejauh 7.45 meter dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo baru-baru ini.

Persaingan acara lompat jauh tersebut turut menarik perhatian dunia apabila kali ini atlet dari Greece, Thanasis Prodromou telah menunjukkan nilai sportmanship yang dikagumi oleh orang ramai dengan membantu Latif Romly yang kesakitan akibat terjatuh selepas membuat lompatan.

Thanasis orang pertama yang segera meluru ke arah Latif dan melihat keadaannya terlebih dahulu sebelum pasukan medik datang untuk memberikan rawatan kepada Latif.

SUMBER GAMBAR: INSTAGRAM @THANASIS__PRODROMOU


Ketika artikel ini ditulis, Instagram dan Facebook atlet Greece tersebut masih dihujani dengan komen pujian atas sportmanship yang ditunjukkan dan pada masa yang sama orang ramai turut mengucapkan tahniah ke atas pingat perak yang dimenanginya. 

Ternyata apa-apa jenis sukan di dalam dunia ini bila disuntik dengan semangat kesukanan yang tinggi ia bukan sahaja merapatkan hubungan wakil atlet antara sesebuah negara, bahkan ia juga boleh ‘menyatukan’ netizen antara negara tersebut.

-thevocket.com

0 comments:

Catat Ulasan