Jumaat, 10 September 2021

Walau dikecam, Janna Nick takkan padam foto yang dimuatnaik

FOTO yang menampakkan sedikit bahagian dada Janna yang dikecam netizen.
FOTO yang menampakkan sedikit bahagian dada Janna yang dikecam netizen.

Kuala Lumpur: Pengacara dan pelakon popular, Janna Nick, 26, tidak bercadang memadam fotonya yang menampakkan sedikit belahan di bahagian dadanya di Instagram hingga dia dikecam hebat netizen, baru-baru ini.

Foto dimuat naik Janna di Instagram pada 31 Ogos lalu itu bersempena meraikan sambutan Hari Kemerdekaan ke-64.

Bagaimanapun, ramai netizen sensitif dan kurang selesa dengan baju dipakainya yang menampakkan belahan pada bahagian dada itu.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Munir berkata, dia tidak akan memadamkan foto terbabit di Instagram kerana ia dikongsikan atas pilihannya.

"Apabila kita sendiri memilih untuk upload (muat naik) gambar yang mengundang kecaman netizen, saya terima kerana tahu memang akan ada kecaman.

"Saya pun bukan jenis kalau muat naik akan delete (padam) apabila kena kecam. Bagi saya, kalau orang kata seksi saya terima dan jika orang kata biasa pun saya terima," katanya dalam satu temubual virtual bersama media.

Tidak melenting atau marah dengan pelbagai kecaman dan kritikan pedas daripada netizen itu, bekas pengacara Melodi itu berkata, dia menerima semua komen-komen berkenan dengan hati terbuka.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro ke ruangan komen ditinggalkan netizen, ada segelintirnya meminta Janna memadam foto berkenaan kerana dianggap kurang sesuai apabila menunjukkan belahan pada bahagian dadanya.

Tidak kurang juga, ada netizen yang bersikap positif dan memberi komen menyukai penampilan Janna yang mempamerkan imej kewanitaan di dalam foto itu.

Sejak dimuat naik di Instagram, foto berkenaan mendapat lebih 170,000 tanda suka di samping lebih 4,000 komen daripada netizen yang rata-rata mempunyai pendapat masing-masing.

-myMetro

0 comments:

Catat Ulasan