Khamis, 16 September 2021

Pergi daftar nikah, Azaria Tagaya dan suami terus selamat bernikah

AZARIA bersama suaminya, Reza Syafiq bernikah semalam.
AZARIA bersama suaminya, Reza Syafiq bernikah semalam.

Kuala Lumpur: Personaliti TV3, Azaria Tagaya, 36, selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya, Reza Syafiq Zainal Rashid, 32, di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, semalam.

Dalam majlis jam 12 tengah hari itu, Azaria atau nama sebenarnya Azaria Tagaya Norio Tagaya menerima sebentuk cincin dan mas kahwin, RM300 tanpa sebarang hantaran.

 Azaria yang juga pembaca berita Buletin Utama dan Nightline serta hos Money Matters berkata, dia bersyukur majlis berkenaan berjalan lancar dengan dihadiri keluarga terdekat saja.

"Kami sebenarnya tak tetapkan satu tarikh untuk nikah memandangkan keadaan sekarang masih lagi dalam pandemik. Tarikh semalam pun bukan dipilih kerana kami hanya nak langsungkan secepat mungkin.

"Kami pergi buat pendaftaran di pejabat agama dan kemudian ambil nombor giliran. Kemudian dapat tarikh nikah, 15 September. Saya sebenarnya kena bekerja semalam dan terpaksa ambil cuti untuk kahwin. 

"Hanya wali dan pasangan pengantin saja yang dibenarkan hadir, semalam. Baju nikah saya dijahit oleh mak dan dipadankan dengan Converse. Selepas nikah, baru kami jumpa keluarga dan rakan terdekat," katanya kepada Harian Metro.

AZARIA Tagaya.

AZARIA Tagaya.

Azaria berdarah campuran Jepun di sebelah ayah dan ibunya keturunan Pakistan, manakala Reza yang bekerja sebagai jurumekap kesan khas untuk filem berketurunan Pakistan dan Cina. 

Menurutnya, mereka tidak merancang mengadakan majlis resepsi dan hanya melaksanakan perkara yang wajib saja. 

"Memang dari kecil saya impikan nak kahwin secara ringkas saja dan tak suka majlis besar-besaran sebab saya rasa membazir.

"Bagi saya lebih baik kami berjimat wang untuk masa depan dan hidup bersama," katanya.

-myMetro

0 comments:

Catat Ulasan